Sunday, March 11, 2007

Pusi Cinta Jalanan


Aku dahulunya mati, aku hidup kembali, aku ketawa

Kuasa cinta hadir dan aku menjadi kekal
Pandangan ku telah melihatnya dan ruhku tiada lagi kerisauan
Aku berani seperti singa, aku bersinar seperti planet Venus
Kau tidak gila kata (nya) Kau tidak boleh berada di rumah ini
Aku menjadi gila, terikat dengan rantai, aku mabuk, katanya
Kau tidak tergolong di antara kita, Pergilah dari sini,
Aku beredar, aku semakin mabuk, dan diisi dengan keriangan
Engkaumasih lagi belum terbunuh, engaku hanyalah di tanam oelh asakan cinta
Di depan wajahnya aku jatuh dan mati
Kebijakan mu hanyalah separuh, katanya, mabuk dengan kekeliruan dan angan angan.
Engkau di tipu, terpaku dan di potong daripada segala galanya
Engkau bersinar bagai lilin,
Aku bukanlah bersama, aku bukanlah lilin, aku bertaburan bagai asap.
Engkau adalah Guru dan penunjuk jalan, Pergilah dan kepalailah jalan ini.
Aku Bukanlah Guru, aku bukanlah di hadapan, aku hanyalah hamba menurut perintah.

Puisi di atas adalah sebahagian daripada terjemahan puisi kesufian, Mawlana Rumi.
Cinta adalah rasa dan juga pendedahan kepada realiti, tetapi peringkat awak cinta mungkin boleh dikenali sebagai mabuk, peringkat awal mungkin rasa bersama dan rasa mengenali cinta itu mengambil alih rasional dan minda pencinta,
Inilah yang terjadi di peringkat remaja, pernah ita mendengar kisah pembunuhan diri atau seseorang itu terlalu sukakan seseorang wanita atau lelaki , sehingga mereka sanggup membunuh diri dan merasakan tiada erti hidup tnapa pasangan tersebut, kisah ini sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah sedih, dan yang realitinya, cinta yang membuak buak ini dan cinta yang meninggi ini sentiasa diakhiri dengan kesedihan,

Puisi cinta hanya mampu menyampaikan apa yang tersurat tetapi di dalam hati hanya yang merasai dapat merasai kehangatan dan kenikmatan cinta.

Sedarlalh wahi pembaca, tuhan telah menjadikan cinta itu miliknya dan hanya untuknya, cinta makhluk tidak kekal, tetapi bukan semua di anugerahkan cinta sejati ini.
Pemanggil dan pemberi cinta adalah tuhan yang satu, terpulang lah padanya untuk menarik hati anda. Cinta memerlukan pasangan tanpa pasangan , sebelah tangan bertepuk tidak berhasil.

Cinta yang salah inilah yang menyebabkan drama putus hati, dan pelbagai lagi, pencinta perlu sedar yang di tagih bukan physical tetapi rasa dan hakikat cinta tersebut. Rumi bercinta dengan ilahi, di peringkat pertama rasa intu menyebabkan beliau lupa segalanya,

Bagi yang sedang bercinta, dan bagi mereka yang bercinta terlalu extreme, atau hati yang rapuh, tiada apa yang mampu menyebabkan anda sedar kecuali tuhan sendiri, dan dis itulah kenapa majoriti cinta yang terlalu extreme ini berakhir dengan kesudahan dramatik atau sedih, keranan cinta yang membuak buak ini adalah miliknya. process kesedaran dan patah hati ini sebenarnya sebagai petunjuk kepada Dia, sekiranya manusia mampu menyedari hakikat ini maka pintu kepadanya akan terbuka.

"Wahai pencinta, engkau cintakan manusia
Engkau sanggup berlapar dan berkorban untuk temanmu?
Ada yang mengelar tangan, ada yang sanggup membunuh diri untuk bersama dengan makhluk?

Apa yang engaku dapat? apa yang di pulangkan?

Sedarlah, serahkan rasa dan mohon cinta pada yang agung,
Engkau tidak akan mati !,
malah englkau akan di anugerahkan keagungan.
Engkau tidak akan menderita
engkau akan di bawa ke satu tempat

Tempat kekasih,
Tempat dimana yang ujud hanya satu rasa
satu rasa................

Tinggallah engkau denganya......

abadi, ceria, kekal selamanya

Engkau mencintai manusia dan tidak berbalas
Engkau derita

Tetapi sedarkah ada yang menderita bilamana
engkaumenyerahkan hati kepada manusia?

Puisi Cinta, madah cinta dan mutiara kata cinta hanyalah baju, tanpa badan ianya tiada erti , cinta pertama milik dia yang mencintaimu, cinta kedua tiada, cinta ketiga pun tiada.

Mahukah kamu di belai setiap saat, di bisikkan kata cinta dan di awasi setiap masa?

Mahukah engkau di perlihatkan taman yang indah, kekal abadi?

Carilah dan serahkan cinta hanya kepada Raja Cinta, yang tiada mula dan akhir.

Di situ engkau akan menemui Rumah mu, keluarga mu, kasih sayang dan bahagia.



No comments: