Wednesday, March 14, 2007

Puisi Cinta Ketuhanan-4

Pergerakkan tanpa suara, Gerak di dalam diam, Pernah di riwayatkan seseorang bertanya kepada Mawlana Rumi, Mengapa beliau membisu?
Rumi menjawab, Ingatan mu terhadap ku lah yang telah membuatkan kau hadir di depan ku sekarang dan bertanyakan soalan ini.
Sekiranya hakikat aku atau realiti aku membawa atau menarik kau kepada ku, tanpa aku perlu berbicara, Perkataan atau kalimah hanyalah bayangan yang tiada erti tanpa pakaiannya ' iaitu yan tidak nampak, sekiranya bayangan iaitu bicara dan kata kata membawa menarik dan membawa kau, semestinya realiti atau hakikat yang engkau tidak nampak ini lebih hebat.
Perkataan, lisan bicara hanyalah benda kecil atau prakata, tetapi ikatan dan panggillan dalaman lah yang membawa atau menarik seseorang kepada seseorang yang lain.
Sekiranya seseorang itu menunjukkan karamah atau kesaktian beribu bentuk atau jenis pun ianya hanyalah permainan sekiranya dalaman atau ruh seseorang itu tidak mampu menundukkan atau mengajar atau memberikan petunjuk kepada hadirinnya.
-Rumi-

"Dalam diam aku bergerak
dalam diam aku berkata, dalam diam aku membawa
Dalam diam aku berinteraksi,
Telah lama aku tinggalkan pertuturan luaran dan berbicara daripada hati ke hati
nurani ke nurani
inilah rahsia yang bukan rahsia
Tinggalkanlah bayangan mu,
Inilah bayangan yang dimaksudkan oleh Para Nabi
Petunjuk kepada alam realiti
ianya ada dalam tiada
ianya wujud tanpa bentuk dan tanpa batasan
Kehujung dunia di dalam sekelip mata
selautan kasih
mutiara bertaburan bagai bintang di langit
-imf-

Rahsia Permohonan Atau Doa

Wahai sahabatku,
berapa lama telah engkau merana
kesan, kesini, mundar dan mandir?
Engkau memohon
engkau berkehendak
engkau menggunakan jasadmu
engkau menggunakan tangan dan kudrat mu
engkau meminta kepada makhluk dengan pertuturan lisan mu
engkau menggunakan minda mu
engkau menggunakan kebikjanaan mu
Tinggalkanlah semua ini
Kembali lah kepada fitrah mu
Kembalilah kepada tahta dan singgahsana mu
Gunakanlah kuasa yang di berikan
akan tunduk lah segalaya, di timur dan di barat

Inilah cokmar mu
inilah titahmu
Niatkan kanlah
gunakanlah kehendak mu yang tidal nampak dek pandangan atau mata

Inilah yang di maksudkan oleh
kun, jadi maka jadilah,
bukan pada lidah
bukan pada zikir
tetapi padanya, ada pada dirimu

Bilaman engkau menggunakan bicara rohani mu ini
Dalam diam apa yang di hajati. akan datang
tanpa bergerak
tetapi ada gerak

-imf-

semoga engkau memahami apa yang di bicarakan.

Puisi Cinta Ketuhanan-4



Siapakah musuh kita sebenarnya? Manusia? Alam? Haiwan? Musuh?

"Dengarlah wahai jiwaku
Musuh mu hanyalah dirimu,
Nafsu haiwan mu lah yang menyalah tafsirkan serangan luaran
Yang mengawal dan yang menyerang adalah atas izinnya

Serahkan lah dirimu
Pasrah dan tawakallah
Buanglah sifat pemberontak mu
Jangan lah engkau fikirkan jasad mu mampu menentang nya?

Jadi lah seperti pepohonan hijau
Air datang ku terima,
mentari datang ku bersyukur
Penebang pokok datang , tiada ku gentar
kerna telah sampai waktu akau kembali

Inilah rahsia ilmu mempertahankan diri
Inilah rahsia kebatinan
Inilah kesaktian diri
Inlah Nama Rahsia

Puisi Cinta Ketuhanan -3

" Tuhanku perlihatkanlah kepadaku realiti sebenar
Engkau menunjukkan sesuatu itu sebagai baik, sedangkan pada hakikatnya ianya adalah buruk
Engkau Perlihatkan sesuatu itu buruk padahal ianya adalah baik
Perlihatkanlah kepadaku segalanya sebenarnya
supaya kami tidak tertipu dengannya"

Tipu muslihat dunia datang di dalam pelbagai bentuk, apa yang kamu lihat sebagai cantik tidak semestinya cantik atau baik pada hakikatnya; Demikanlah opposite atau ilusi Ketuhanan, Penglihatan sebenar melintasi tabir ilusi perlu lah di pohon, seperti mana doa dan permohonan Yang Nabi Muhammad pohonkan, jadilah ianya seperti filem matrix, Dunia ini adalah ilusi, kamu fikirkan kamu hidup sebenarnya kamu bermimpi, dunia ini pada hakikatnya tiada wujud, yang wujud hanyalah Allah S.w.t Semata mata

Kesenangan bersama dengan tuhan tiada yang mengeluh
kecuali yang tidak mempercayai tuhan"

B
ersama Tuhan atau mengingati Allah, inilah dua rahsia besar berikut adalah cerita yang mudah untuk di fahami. Baru baru ini saya bertemu dengan seorang teman, beliau menceritakan tentang kekuasan dunia dan pertempuran antara kafir dan Islam, tentang perjuangan dan akhir zaman. Timbul emosi marah dan nada keras,
Aku pun berkata, "wahai temanku, di manakah fikiranmu sekarang ini , saat ini tika ini. adakah engkau mengingati dan bersama dengan rasa ketuhanan atau rasa mengingati Tuhanmu? Tentu tidak bukan? sekiranaya benar apa yang engkau penuhi setiap saat mu itu, tentu cerita atau isu debat ini tidak timbul bukan?

Fahamilah rangkap diatas, setiap diri mengetahu setiap saat kita melupakannya, dan ketika lupa itulah kita menginkari Tuhan, walaupun kita membincangkan bab agama atau Islam

"Janganlah engkau menidakan pandangan hati ahli hati
Engkau mengetahui sudah kesalahanmu!
Tetapi engkau cuba bermain silap mata dengan mengeluarkan hujah agama mu!
"Tapi, Mengikut, Islam Tidal mengajar sedemikian? ini semua adalah permainan kata orang yang lupa pada Tuhan sahabat ku"

Puisi Cinta Ketuhanan -2

"Wahai rasulku, katakanlah kepada tahananmu,
Sekiranya Allah S.W.T mengetahui akan sebarang kebaikan di dalam hatimu,
Tuhanmu akan memberikanmu lebih daripada apa yang engkau telah ambil
Dan dia akan memaafkanmu
Sesungguhnya Allah Itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Pemurah!

S
ebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kesalahan dan kekesalan, baik daripada ketelanjuran kita atau pun kesalahan yang telah kita lakukan, Acapkali kesalahan dan trauma di dalam hidup ini akan kita bawa setiap masa di dalam hati, rasa marah, gundah , kesal dan sakit hati. Permasaalahan inilah yang mungkin melanda remaja yang terlanjur, bermasaalahan dan termengandung dan pelbagai lagi. Dosa yang lampau ini sebenarnya adalah ujian tuhan,

" di dalam gelap ada terang
di dalam terang ada gelap"

Dan kadang di dalam seseorang itu jahat sejahat, jahatnya, semestinya akan ada niat untuk menjadi baik! Inilah rahsia dan hakikat termasuk ilmu ying dan yang Tanya lah kepada mana mana perompak, pembunuh, pelacur dan pelbagai lagi manusia yang jahat di muka bumi ini. Apakah niat yang ada di hati mu? Pelacur mungkin menjawab "aku impikan lelaki yang baik, soleh dan boleh memimpin ku.
Tanyalah di hati ahli abid atau ahli ibadat "pernahkah terlintas di hati mu wahai abaid akan godaan melakukan dosa? tentu ada bukan.
Allah mengetahui segala, galanya!

"Wahai insan yang malang,
Wahai insan yang berdosa,
wahai insan yang lara
Hakikatnya di dalam hati mu aku mengetahui,
Engkau mahukan kebaikan
Maka serahkanlah niat suci mu itu pada Dia,
Bilamana engkau serahkan akan niatmu itu padanya, maka
Dia akan mengampuni dikau
dan engaku akan berjalan dengan keadaan yang baru

Hadirlah wahai insan yang di penuhi dengan nafsu
Aku lah yang akan mencukupi dirimu
"Cukuplah Allah Untuk segala-galanya

Puis Cinta Ketuhana n- 1

Di kenali sebagai salah seorang Wali Allah S.W.T yang teragung, Mawlana Jalal al Din Rumi, Beliau di lahirkan pada 1207 dan meninggal pada 1273 Masehi. Kitab beliau dan puisi cinta dan madah cinta beliau begitu juga ramalan cinta beliau adalah yang paling agung dan ada juga pengkaji dan pencinta puisi cinta mengelarkan madah beliau ini sebagai Quran No 2, Begitulah indahnya madah dan puisi cinta beliau, keindahan puisi cinta rumi terlalu indah sehingga sukar di tiru atau tidak ada tandingannya begitulah sehingga di katakan sajak atau puisi cinta belaiu sebagai di ilhamkan terus daripada alam kerohanian atau daripada yang maha esa.

antaranya;

"Hadir lah, Hadirlah, sesiapa sahaja diri mu
Musafir, pengabdi, pencinta
Semuanya tidak bererti
Kumpulan ini bukanlah kelumpuk berputus-asa atau patah hati
Hadirlah, walaupun engkau telah memungkiri janji beratus kali
Hadir, sekali lagi, hadir , hadir lah"

Rumi

Puisi cinta diatas bolehlah di ertikan sebagai
seorang hamba yang acapkali melakukan dosa tau melupakan tuhan, Hadirlah bersama mereka yang mengingati Tuhan , bersama dengan ahli zikir atau pencinta tuhan, kehadiranmu itu kan membawa mu kepada suatu rasa yang menuju kepada ilahi.

Inilah permasaalahan pokok diantara kebanyyakan manusia, sentiasa melakukan kesalahan, tetapi tuhan itu maha pengampun dan bagi kekasih oatu yang maha mencintai, maka tiada lah erti dosa itu,

"hilangkan lah ingatan mu kepada selain daripadaku.
Ingatilah ku, nescaya aku mengingatimu,

Bilamana kita bersama dengan kekasih yang maha agung maka apakah yang perlu di risaukan? Tinggalkanlah segala duka nestapa mu wahai saudara ku!

Marilah , rasailah keenakkan rasa bersama dan rasa mengingati Tuhan mU, Kekasih mu sejak azali, Dia yang menciptakan mu tanpa mengharapkan apa apa daripadamu, Dia yang mengcukupimu dan tidak akan melupakan mu walau sesaatpun!
Sedarlah setiap saat kita melupakan Yang Maha esa, tetapi Dia tidak pernah melupakan kita. Inlah cinta sejati , Cinta yang maha Agung.
Dalami lah rasa ini, hadirkanlah rasa ini di dalam jiwamu wahai insan bernama manusia.
Bilamanana engkau bersama dengan ku, tiada apa apa lagi yang perlu kau khuatirkan atau risaukan.
Aku yang menjadi kekasihmu , akulah raja segala-galanya, bilamana aku bersama dengan mu siapa? siapa? siapakah yang mampu untuk mengambil mu daripada sisiku?
Akulah raja sekalian alam!

Inilah yang perlu di kejar oleh setiap insan, bahawa kekasih sejati hanya dia yang maha esa.

Weight Lost The Way Of Submission.


How to lose weight, There are a millions of way to lose weight! Some are fast, some are expensive, and some don't work at all.
Weight Loss, Slim Figure and sexy body are all parts of weight loss tips.
Daily we are bombarded with images of slender figures, cute and sexy bodies. The Entertainment industries, from movies, televisions, newspaper and product based all fancied model with great figures and tempting bodies.
What are we to do? Are there a solutions for weight loss? out there? are we stuck with our depression and obese body?
Are you frustrated with your figure, Is there a Secret to weight loss? Is diet the only salvation?

Some may be frustrated with all the effort and some may never regain their ideal weight irrespective of the method or any regiment of exercise that they do!

Will the rest of you whom are overweight suffer the ridicule of the so call slim and slender peer and millions out there?

What does god have to do with all of this? Are the overweight people destined to suffer weight problems the rest of their life? Can God provide salvation and deliver some of us from this over weight problems?

Why suffer , when you can turn your self toward god!, Submit is the easy way out, it is not expensive? It brings inner peace and drastic life changes "God Willing"- With Permission from God.

Sufism, Islam, The religion from Heaven, the Almighty Father, The One God Is the answer to your life long ills and obesity. Why don't we turn back to our creator and seek his guidance and help to overcome this so call illness- Obesity? Obesity have been classified by the Medical Profession as an Illness, With Weight Problems we also experience stress and we look down on our life.

The Joy of life is devoid from those who feel unacceptable with their weight Problems.

Religion focused much on faith, trust and surrendering, Islam and Monotheistic Religion requested and demanded that we ask all of our needs and supplication towards the almighty.

But we rarely turn back to our creator for most of our weight Loss problems? Seek and ye shall find, Ask me and pray to me and i shall provide you with the means and grant you bounties , for I am the Ruler and the Lord of Heavens and Earth!

So why do we submit our self and our soul to millions of those so called weight loss program out there? Why don't we submit ourself to a higher power when all else have failed?

The following Book is my tribute to God for those people in needs of help and inner peace.

the method is proven, since if we truly believe it shall deliver us from our bondage , be it Obesity and other self created problems.

The Book highlight the direction of the soul, The way of submission and the path of physical exercise as dictate by God.

Since this book touches on theaspect of religion, it derived its method from the saying of the Prophet "sunnah " and the prescribtion of prayers.

Imagine your self finding

1. Inner Peace.
2. Inner Joy
3. Trust In God
4. Aura of Tranquilities

This is part of inner strength and Believe that is prerequisite to obtaining the favour and grace from Allah The Al-Mighty in what ever problems that we have in life.

In the section of exercise, the book proposed we follow the way of the Prophet by performing Night Prayer (can be liken to exercise- caution, the night prayer is a powerful model , but the intention must be solely for the sake of God) , But after that , there is a prayer of request or hajat, which is meant for you to request or beseech God to grant you what ever request or needs that you have.

Waking up 3 Quarter of the night, and performing a prayer that may last for more than an hour within the atmosphere of calm, coolness and quiet, this is a part of mind conditioning that you will attain in strengthening and controlling your appetite and way of life. This is far better tahn running here and there or exercising your physical without first strengthening your Soul.

Once you have manage to control you inner peace and will power, then you may follow the way of the Prophet

" Eat when you are hungry, stop before you are full", and begins each activities with the name of God and the believe that God is indeed powerful over all things.

The above is some of the contents of this booklet which shall provide usefull inside ang the time management which is necassary to control your craving and help you in your weight loss programs.

This book is free for those who can't afford it, to receive receive; just email me; for those who can afford it you can donate in the amount of USD 2.00. Out of the $2.00, $1,00 shall be donated to an orphanage Institution.

God Bless. Futher Tips for weight loss and such will be provided from time to time,

God Bless, Allah Willing.

Tuesday, March 13, 2007

Puisi Cinta Hafiz

Yang ada hanyalah pandangan ku terhadapmu
Yang ku ikuti hanyalah cahaya nur mu
Manusia kembali kepada dirinya di dalam tidur
Tetapi Tidurku telah lari dari mataku,

Cinta membawa kepada pandangan yang satu, saat puisi di lahirkan pandangan cinta tetap kepada yang di cintai.

Ambillah kegirangan minuman ini dan hadirlah
kenikmatan dan muslihat minda mu akan menurun dan hilang
Janganlah engkau mendengar akan tipu daya minda mu itu
Dengarlah puisi cinta ku ini dan ambil lah hakikat cinta ini
datang lah kepadaku.

Cinta membawa kepada keasyikan dan khayalan, minda di ambung oleh pencinta dan dicintai, tika itu apa yang rasional tidak lagi menjadi erti, rasa cinta telah membawa minda ke satu daerah yang tidak dapat di persoalkan lagi.

Oh engkau yang cantik dan penuh dengan keayuan
Cermin di tangan, menyiapkan wajah
aku menawarkan saputangan ku, dia tersenyum
adakah pemberian ini sebahagian daripada pengejaran ini?

Aku meletakkan tangan ku di pinggangmu
Pelukan kekasih untuk di rasai'
daripada reaksi mu, ku mengetahui
segala usahaku akan sia sia.

Engkau adalah bulan dan suria adalah hambamu
sebagai hambamu, ia perlu berkelakuan
hanya sinaran mu dan cahaya mu
mentari dan bulan dapat menyimpan

Setiap hari, cabaran baru bermula,
kau menjarakan diri, dan menangguh
Bilaman aku bergerak untuk merapatkan diri
Takdir mengatakan adanya permainan yang lebih besar.

Kekasihku adalah lebih terang daripada suria
di letakkan di syurga, kekasih yang satu
Letakkan hati di atas bumi
untuk melihat larian suria harian.

Kesedihan dan patah hatiku adalah dalam
sakit, kacau, keliru menggangu tidurku
sekiranya engkau tidak percaya, hantarlah fikiranmu
dan engkau akan melihat bagaimana aku menangis di dalam tidur ku.

bagaimanakah akan ku ceritakan kisah lilin
dan patah hati merana di neraka dunia
kesedihan ku adalah di dalam pencarian
ada seorang lagi mengetahui cerita sedih cinta ini.

Sunday, March 11, 2007

Cinta dan Bahagia

Setiap diri sentiasa mahukan kebahagian, Bahagia adalah sebagahian daripada aspek kehidupan, Tanpa bahagia atau cinta, hidup umpama neraka dan kebosanan, jadilah kita ini pepatung yang mengejar kerja dan menjalankan tanggungjawab tanpa ruh! Cinta dan bahagia berangkai, cinta adalah sebahagian daripada element kehidupa,

Di riwayatkan Hafez Shirazi, seorang petani dan juga rakyat biasa pulang daripada ladang beliau, di tengah jalan beliau berjalan di depan Istana, di tepi tingkap seorang puteri raja duduk memandang kesibukan kota, Hafez terpandang wajah Puteri dan beliau terpaku dan jatuh cinta.

Cinta pandang pertama, menusuk hati dan perasaan!. Tetapi beliau hanyalah seorang manusia kerdil dan petani, Beliau kebingungan dan patah hati! bagaimanakah aku mampu mencintai dan menawan hati puteri ini.

Di pinggir kota ada sebuah kuburan seorang wali Allah, ramai yang pergi memohon hajat di situ.
Di katakan sekiranya seseorang itu berjaga di kuburan beliau selama 40 malam, maka hajat seseorang itu akan di tunaikan.

Hafiz pun berjaga lah di kuburan tersebut selama 40 malam di sebabkan rasa cinta terhadap puteri tersebut.

Di pendekkan cinta, di akhir malam ke 40, Hafiz bertemu dengan( ada yang merwaykan Nabi Khidr dan ada yang meriwayatkan Malaikat Jibrail), maka Hafiz pun di berikan tiga anugerah, salah satu adalah apa yang di hajati oleh hati, kedua, kefasihan untuk berpuisi dan ada yang mengatakan yang pertama minuman atau air abadi.

Hafiz terpegun dengan kecantikan individu yang beliau temui di malam ke terakhir tersebut, dan berakhirlah kisah cinta hafiz dengan makhluk, beliau kemudian nya mengalihkan cinta belaiu kepada Allah,

Cinta dan lagenda kisah Hafiz adalah suatu lagenda cinta yang mana sehingga kini Puisi Cinta Hafiz dikenali di seluruh dunia, hingga kini, puisi cinta Hafiz menjadi ikon kisah cinta hamba dan tuhan.

Diatas adalah sebahagian daripada kisah lama,

Kembali kepada zaman sekarang

Bagaimanakah kita dapat mengecapi cinta atau bahagia?

Pusi Cinta Jalanan


Aku dahulunya mati, aku hidup kembali, aku ketawa

Kuasa cinta hadir dan aku menjadi kekal
Pandangan ku telah melihatnya dan ruhku tiada lagi kerisauan
Aku berani seperti singa, aku bersinar seperti planet Venus
Kau tidak gila kata (nya) Kau tidak boleh berada di rumah ini
Aku menjadi gila, terikat dengan rantai, aku mabuk, katanya
Kau tidak tergolong di antara kita, Pergilah dari sini,
Aku beredar, aku semakin mabuk, dan diisi dengan keriangan
Engkaumasih lagi belum terbunuh, engaku hanyalah di tanam oelh asakan cinta
Di depan wajahnya aku jatuh dan mati
Kebijakan mu hanyalah separuh, katanya, mabuk dengan kekeliruan dan angan angan.
Engkau di tipu, terpaku dan di potong daripada segala galanya
Engkau bersinar bagai lilin,
Aku bukanlah bersama, aku bukanlah lilin, aku bertaburan bagai asap.
Engkau adalah Guru dan penunjuk jalan, Pergilah dan kepalailah jalan ini.
Aku Bukanlah Guru, aku bukanlah di hadapan, aku hanyalah hamba menurut perintah.

Puisi di atas adalah sebahagian daripada terjemahan puisi kesufian, Mawlana Rumi.
Cinta adalah rasa dan juga pendedahan kepada realiti, tetapi peringkat awak cinta mungkin boleh dikenali sebagai mabuk, peringkat awal mungkin rasa bersama dan rasa mengenali cinta itu mengambil alih rasional dan minda pencinta,
Inilah yang terjadi di peringkat remaja, pernah ita mendengar kisah pembunuhan diri atau seseorang itu terlalu sukakan seseorang wanita atau lelaki , sehingga mereka sanggup membunuh diri dan merasakan tiada erti hidup tnapa pasangan tersebut, kisah ini sentiasa menjadi sebahagian daripada kisah sedih, dan yang realitinya, cinta yang membuak buak ini dan cinta yang meninggi ini sentiasa diakhiri dengan kesedihan,

Puisi cinta hanya mampu menyampaikan apa yang tersurat tetapi di dalam hati hanya yang merasai dapat merasai kehangatan dan kenikmatan cinta.

Sedarlalh wahi pembaca, tuhan telah menjadikan cinta itu miliknya dan hanya untuknya, cinta makhluk tidak kekal, tetapi bukan semua di anugerahkan cinta sejati ini.
Pemanggil dan pemberi cinta adalah tuhan yang satu, terpulang lah padanya untuk menarik hati anda. Cinta memerlukan pasangan tanpa pasangan , sebelah tangan bertepuk tidak berhasil.

Cinta yang salah inilah yang menyebabkan drama putus hati, dan pelbagai lagi, pencinta perlu sedar yang di tagih bukan physical tetapi rasa dan hakikat cinta tersebut. Rumi bercinta dengan ilahi, di peringkat pertama rasa intu menyebabkan beliau lupa segalanya,

Bagi yang sedang bercinta, dan bagi mereka yang bercinta terlalu extreme, atau hati yang rapuh, tiada apa yang mampu menyebabkan anda sedar kecuali tuhan sendiri, dan dis itulah kenapa majoriti cinta yang terlalu extreme ini berakhir dengan kesudahan dramatik atau sedih, keranan cinta yang membuak buak ini adalah miliknya. process kesedaran dan patah hati ini sebenarnya sebagai petunjuk kepada Dia, sekiranya manusia mampu menyedari hakikat ini maka pintu kepadanya akan terbuka.

"Wahai pencinta, engkau cintakan manusia
Engkau sanggup berlapar dan berkorban untuk temanmu?
Ada yang mengelar tangan, ada yang sanggup membunuh diri untuk bersama dengan makhluk?

Apa yang engaku dapat? apa yang di pulangkan?

Sedarlah, serahkan rasa dan mohon cinta pada yang agung,
Engkau tidak akan mati !,
malah englkau akan di anugerahkan keagungan.
Engkau tidak akan menderita
engkau akan di bawa ke satu tempat

Tempat kekasih,
Tempat dimana yang ujud hanya satu rasa
satu rasa................

Tinggallah engkau denganya......

abadi, ceria, kekal selamanya

Engkau mencintai manusia dan tidak berbalas
Engkau derita

Tetapi sedarkah ada yang menderita bilamana
engkaumenyerahkan hati kepada manusia?

Puisi Cinta, madah cinta dan mutiara kata cinta hanyalah baju, tanpa badan ianya tiada erti , cinta pertama milik dia yang mencintaimu, cinta kedua tiada, cinta ketiga pun tiada.

Mahukah kamu di belai setiap saat, di bisikkan kata cinta dan di awasi setiap masa?

Mahukah engkau di perlihatkan taman yang indah, kekal abadi?

Carilah dan serahkan cinta hanya kepada Raja Cinta, yang tiada mula dan akhir.

Di situ engkau akan menemui Rumah mu, keluarga mu, kasih sayang dan bahagia.



Panduan Asas Jana Pendapatan Online -1.1

1. Menjana Pendapatan Sambilan (Residual and Passive Income)

Untuk menceburi bidang ini mungkin agak mudah (tetapi masih memerlukan kesungguhan kita). Terdapat beberapa model yang anda boleh cuba untuk menjana pendapatan. Model ini tidaklah menjanjikan pendapatan yang lumayan. Tetapi sekiranya anda dapat menjana pendapatan di antara USD5.00 - USD50.00, saya rasa ianya adalah suatu bentuk penambahan pendapatan sampingan yang baik. Di Malaysia, penambahan pendapatan sampingan sekitar RM200 adalah cukup baik bagi peringkat permulaan.

Bagaimanakah caranya untuk menambahkan pendapatan tambahan secara kecilan melalui internet?

Mukasurat berikutnya kami akan menerangkan secara ringkas bagaimanakah caranya untuk anda menjana pendapatan melalui Internet. Kami juga akan menberikan anda contoh salah satu daripada aktiviti yang kami jalankan sebagai panduan dan case study.

Kami harap pembaca ini akan dapat menjadikan panduan ini sebagai landasan mereka untuk menjana pendapatan di alam siber.


Cadangan kami adalah menerusi 8 langkah seperti berikut:-

1. PILIH PROGRAM

2. PILIH TEMA (Theme)

3. PENULISAN CONTENT (Content Writing)

4. MENCARI PENIAGA & PRODUK UNTUK DIJUAL (Merchant and Product Selection)

5. MEMBINA LAMAN WEB ATAU BLOG (Website Or Blog Building)

6. MENAMBAHKAN BAHAN ATAU ARTIKEL (Content Updating & Management)

7. MENDAFTAR DENGAN GOOGLE ADSENSE ADVERTISING PROGRAM

8. PEMASARAN DAN PROMOSI

Saturday, March 03, 2007

Sejarah Kristian dan Kitab Injil

Berikut adalah beberapa contoh konflik di dalam kITAB Injil yang melibatkan Jesus atau Nabi Isa yang dikatakan Tuhan

"If I [Jesus] bear witness of myself, my witness is not true." (John 5:31)

"Sekiranya aku (isa) menjadi saksi untuk diriku, penyaksian ku aalah tidak benar.

"I [Jesus] am one that bear witness of myself..." (John 8:18)

"aku adalah dia yang menyaksikan diriku!

mengikut ayat diatas timbul konflik , maka penyaksian Jesus tidak lah boleh diterima pakai atau bolehkah diterima pakai?

Siapakah Tuhan Menurut Nabi Isa

"Jesus answered them, Is it not written in your law, I said, Ye are gods?" (John 10:34)

"Isa menjawab soalan mereka, adakah tidak tertulis di dalam undang undang kamu (yahudi) Aku berkata Kamu adalah Tuhan?


Berkenaan dengan keberanian Isa

"And I [Jesus] say unto you my friends, Be not afraid of them that kill the body, and after that have no more that they can do." (Luke 12:4)

" dan aku Isa berkata kepada kawanku, janganlah engkau takut akan mereka yang membunuh jasadmu, kerena tiada apa apa lagi yang mereka mampu buat berbuat terhadapmu setelah itu.

"Then took they up stones to cast at him: but Jesus hid himself, and went out of the temple..." (John 8:59)

"Mereka kemudian mengambil batu untuk merejam Isa, tetapi Isa menyorok dan keluar daripada kuil Yahudi.

"After these things Jesus walked in Galilee: for he would not walk in Jewry, because Jews sought to kill him." (John 7:1)

" Selepas peristiwa ini Isa berjalan di Galilee, dan beliau tidak lagi berjalan di kawasan Yahudi, kerana Yahudi berusaha untuk membunuh beliau.

Percanngahan antara apa yang diajarkan dan apa yang di praktikan,


Putera Keamanan

"Suppose ye that I am come to give peace on earth? I [Jesus] tell you, Nay; but rather division: For from henceforth there shall be five in one house divided, three against two, and two against three." (Luke 12:51-2)


Kamu beranggapan Aku datang untuk memberikan keamanan kepada dunia? Aku mengkhabarkan kepada mu "bukan, tetapi aku datang untuk membahagi, mulai saat ini akan ada lima di dalam satu rumah yang terpisah, tiga berlawan dua, dan dua berlawan tiga.

"Think not that I [Jesus] have come to send peace on earth: I come not to send peace, but a sword." (Matthew 10:34)

"Janganlah kamu memikirkan bahawa aku datang ke dunia untuk keamanan, aku datang bukan untuk menghantar keamanan tetapi Pedang"

"...for all they that take the sword shall perish with the sword." (Matthew 26:52)

" kesemua yang mengambil pedang akan musnah dengan pedang

"...and he that hath no sword, let him sell his garment, and buy one." (Luke 22:36)

"dan kamu yang tidak menpunyai pedang, juallah baju mu dan belilah satu.

Jadi ayat diatas terang sekali sekiranya Islam di labelkan di sebarkan melalui pedang, maka tohmahan ini juga boleh di jadikan fakta kepada Kitab Injil tersebut. Kekeliruan yang timbul ini bukanlah suatu perkara baru tetapi telah lama dan masih banyak diperkatakan di internet, Sejarah agama semesti perlulah di perhalusi dengan lebih teliti, Isa di dalam Alquran vs Injil mungkin dapat dilihat diatas, kes murtad di malaysia mungkin tidak lah banyak berleluasa sekiranya melayu yang menukar agama bersandarkan konsep putera keamanan dan kebaikan yang didakwa di bawa oleh isa di dalam injil difahami, isu ini mungkin boleh di jadikan sebahagian daripada isu semasa gejala sosial murtad.

Konsep tauhid dan konsep penyaksian Isa jelas sekali berdasarkan ayat diatas telah lari sama sekali.

Konsep Tiga Dalam Satu Kristian

Konsep ini mengandaikan 3 entiti sebagai Tuhan, Konsep ini juga menyatakan bahawa Tuhan Itu adalah Satu. Konsep ini mempunyai maksud misteri atau adakah ianya tidak stabil?

Mengikut Athanasian Creed

Pegangan Katholik adalah seperti tersebut, Kita menyembah Satu Tuhan sahaja di dalam Ketigaan dan Ketigaan di dalam Kesatuan, Tidak memisahkan atau menyempadankan Individu atau Kandungan. Hanya ada satu Individu Ayah, Satu Anak dan Satu Ruh Kudus, Tetapi ketuhanan ketiga tiganya adalah Satu, Keagungan adalah sama, KaMahaan adalah Abadi, Ayah adalah Tuhan, Anak Adalah Tuhan dan Ruh Kudus adalah Tuhan , Sesiapa yang ingin di selamatkan mestilah mengucapkan syukur atau terima kasih kepada ketigaan ini

Secara Ringkasnya;

  1. Ayah adalah Tuhan.
    2. Anak Adalah Tuhan.
    3. Roh Kudus adalah Tuhan.
    4. Ayah Bukanlah Anak
    5. Ayah bukanlah Roh Kudus
    6. Anak Bukanlah Roh Kudus

Perang Salib

Selepas peristiwa September 11, Pertembungan diantara Islam dan Dunia Barat semakin ketara, Pertembungan di antara Dunia Islam dan Barat menjadi lebih tegang dan penduduk atau warga Barat yang beragama Islam mula merasakan ketegangannya. Dunia Barat yang sememangnya di dominasi oleh kumpulan Anti Islam mula memainkan peranan ke tahap yang maksima, Terrorism dan juga label melabel Islam mula kedengaran, dan bermulalah perjuangan mengejar dan mejatuhkan hukuman terhadap so called “terrorist” atau pengganas Islam’. Osama Bin Laden di kejar dan akhirnya jatuhlah Afganistan dan Iraq ke tangan tentera penceroboh, Tentera Penceroboh yang mendapat Mandat daripada United Nation dan juga di sokong oleh negara negara teluk yang telah lama memendam dendam atau sentiment kepada Iraq dan Regim Taliban yang di pandang sebagai mengugat kestabilan politik dan ekonomi negara arab di rantau tersebut.

Justru alasan menyerang di justifikasikan dengan isu pelarian Osama Bin Laden ke Kawasan pergunungan di negera yang bakal di jajah oleh tentera penceroboh.

Tetapi adakah peperangan dunia nyata, dan perang saraf islam barat ini sesuatu yang baharu atau sudah berlaku sejak berkurun dahulu?

Sejarah manakah yang benar atau sejarah yang diolah oleh dunia barat? Sejarah serangan keatas Kota Jeruselem pula boleh juga diandaikan bukanlah peperangan agama sebenar tetapi lebih kepada percaturan pihak gereja untuk mengembalikan zaman kegemilangan dan juga kejatuhan pengaruh gereja di Barat. Isu Knight Templar dan tertubuhnya kerajaan Swiss dan juga penyalahgunaan kuasa dan juga zaman inquest dimana, ramai wanita mati di bunuh dan didera kerana mengamalkan ilmu sihir, ini semua adalah alasan dan juga tata cara perang minda atau saraf, sedangkan sebab sebenar gerakan dan catitan sejarah ini telah di tutup dan di kunci oleh pihak gereja.

Begiulah juga kisahnya Mary Magdelene, yang mana merupakan kekasih atau Isteri Nabi Isa, Cerita Nabi Isa yang di nobatkan sebagai Tuhan atau anak tuhan oleh Conventions atau Majlis Syura Paderi ini juga merupakan antara faktor penting yang mana Gereja Roaman Katholik menghantar dna mengadakan peperangan sebenar untuk mengambil, menghilangkan dan juga menutup sejarah Nabi Isa, Isu ini mungkin di ertikan oleh sesetengah pihak sebagai Conspiracy theory, tetapi ada banyak yang benar daripada kepalsuan!

Disebabkan isu dan juga fakta yang berlawanan inilah timbulnya gerakan penyucian atau gerakan Protest yang mana kemudianya di kenali sebagai Protestant. Jehowah Witness pula secara lantang menentang dogama Roman Katholik dan juga Katholicism ini kerana bagi mereka terjadi banyak penyelewengan terhadap konsep Gereja dan juga sistem Pentadbiran Gereja atau Power of God On Earth, Kekuasaan Tuhan terhadap bumi melalui wakil “pope”

Isu isu ini akan di huraikan lagi dengan lebih lanjut mengikut fakta yang sedia ada di artikel beriktnya.

Berbalik kepada isu Perang Salib, Perang Salib sebenarnya adalah peperangan merebut kawasan, artifak dan juga koonsep penhijrahan dan ketaatan Raja di wiliayah wilayah barat, untuk kembali mengabdikan diri dan berkorban untuk tuhan. Tetapi motto utama mereka adalah untuk membebaskan Tanah Suci, “Holy Land. Melepaskan tanah suci daripada genggaman Kuasa Empayar Islam.

Tetapi apakah cerita atau kesan di sebalik Perang Salib? Kejatuhan kerajaan Islam di Jeruselem? Suatu masyarakat yang aman damai dan bertamadun di serang oleh Tentera Salib yang akhirnya membakar dan menghancurkan suatu masyarakat yang aman dan damai? Isu dan juga keadaan pentadbiran Kerajaan dan budaya hidup zaman sebelum Perang Salibhadir telah banyak kali dibincangkan dan ada sesetengah pentafsir mengandaikan Perang salib sebagai Perang Gila Kuasa atau Barbaric against the civilise, Begitulah keadaan bandar Di bawah Zaman kegemilangan Islam. Adanya sistem perparitan, University, hospital Islam dan pelbagai lagi, akhir musnah di telan kancah pertempran dan perang Physical.

Perang Saraf Kristian, Di zaman kebangkitan Islam dan ketika Islam mula memuncak naik, Fanatik Kristian mula melabel Islam sebagai Agama sesat atau Anti Christ, Infidel, Selepas Kematian Nabi Muhammad, Peperangan timbul dan empayar Islam mula berkembang , Sejarah Perang untuk melebarkan Kerajaan Islam adalasesuatu yang tidak boleh dinafikan, Islam juga melebarkan empayar melalui mata pedang, tetapi bukanlah sebab utama, pengikut dan penyaksian terhadap agama islam bukanlah berasaskan Pedang semata, mata , sebgaimana di tonjolkan di Indonesia dan juga di wilayah lainya.

Dengan Kebangkitan Islam, Mula lah berlakunya dua zone, atau dua bahagian dunia, Islam dan Kristian, Kristian di zaman sebelum kebangkitan Islam pada mulanya di adalah di tunjangi oleh kerajaan yang berpengarauh dan Kaya,

Dengan Kekuatan yang baru ini, Kerajaan Islam dan Empayar Islam berkembang hingga ke Palestine, Syria, dan Egypt, yang mana dahulunya adalah kekuasaan dan wilayah Kristian. Pada Kurun ke Lapan -8 Tentera Islam telah hadir di Afrika Utara dan Sepanyol Di Kurun ke 11, Asia Minor (Turkey), jatuh ke tangan Empayar Islam, Di sinilah boleh diandaikan bermulanya ketakutan terhadap perkembangan agama Islam dan Phobia Islam, mana tidaknya, Sejal Zaman Paul era Roman Katholik, Kawasan ini adalah Kawasan Krristian. Empayar Byzantine semakin mengecil, di ketika inilah Maharaja Konstantine memohon bantuan daripada penguasa dan raja di Negara-negara Kristian yang masih lagi merdeka.

Permohonan untuk menentang Perkembangan Empayar Islam inilah boleh diertikan sebagai Kelahiran Perang Salib atau Perang Antara Agama. Perang untuk membendung kemaraan pengaruh danempayar Islam ini lah di kenali sebagi perang agama.

Pada Majlis Syura di Clermont pada 1095, Pope Bandar 11 telah memohon tentera (Knight- gelaran pangkat atau gelaran tentera zaman medieval), Ribuan Knight menyahut cabaran Pope ini dan bersiap sedia untuk berperang!

Tetapi adakah agama atau ajaan Nabi Isa atau Jesus Christ itu sendiri membenarkan peperangan tersebut? Kita akan saksikan dogma atau justifikasi yang digunakan untuk menghalalkan perang ini!

Catatan , Pope Innocent III, :

Bagaimanakan seorang lelaki kasih akan saudaranya , sedangkan beliau mengetahui saudara seagama dengannya di tahan dan di belenggu oleh orang Islam di dalam tahanan yang ketat dan di jadikan hamba abdi, bukankah menjadi kewajipannya untuk memerdekakan hamba ini, dan secara kebetulan pula anda tidak mengetahui bahawa ribuan Kristian telah dijadikan Hamba dan di penjarakan oeh orang Islam dan diseksa dengan hebat sekali”

Justifikasi diatas adalah berdasarkan tanggungjawab terhadap saudara seagama denganya untuk memerdekakan rakan seagama, tetapi mungkin cerita sebenar di sebalik cara layanan dan tata susila khalifah islam ang tidak memaksa atau menyiksa Pengikut agama lain di wilyah pemerintahan Islam di tutup. Alasan inilah yang telah membawa kepada ramai penganut Kristian untuk menyertai Tentera Salib.

Alasan kedua adalah untuk memerdekakan Jeruselem dan tempat suci Kristian daripada cengkaman Islam. Alasan tempat suci Nabi Isa di tawan dan oleh itu menjadi satu keharusan bagi setia Penganut untuk memerdekakan tempat Kelahiran Nabi Isa.

Senario ini mungkin akan lebih jelas lagi sekiranya kita melihat cerita Kingdom Of Heavens. Kerajaan Syurga. Filem ini menbawa scenario yang agak moderate dan membawa keseimbangan tata cara tentera islam dan tentera salib..

Perang Salib Pertama akhirnya membawa tuah, pada 1098, Nicaea, Antioch kembali kepada tangan Kristian, 1099 Palestin dan Jeruselem di tawan semula., bermulalah era kekalahan tentera Islam.

* * *

But it was not. When we think about the Middle Ages, it is easy to view Europe in light of what it became rather than what it was. The colossus of the medieval world was Islam, not Christendom. The Crusades are interesting largely because they were an attempt to counter that trend. But in five centuries of crusading, it was only the First Crusade that significantly rolled back the military progress of Islam. It was downhill from there.

Berjayanya Perang Salib adalah disebabkan penyertaan daripada semua pihak samada miskin, kaya tua atau muda, Walaupun gerakan mengumpul tentera ini tidak teratur dan terancang tetapi berjaya juga akhirnya enjatuhkan kerajaan islam di kawasan ini. Era kejatuhan Kerajaan Islam inilah ynag ramai sasterawan dan ahli sejarah islam termasuk Ulama islam gagal untuk mentafsir, sekiranya kita mampu maka zaman kegemilangan akan kembali, Tetapi di celah kegelapan dan kejatuhan empayar isl ini muncullah Saladin yang berjaya membawa nafas baru untuk menyekat dan menunjukkan taring kehebatan tentera islam.

Sebagai selingan di riwayatkan di sayu medan tempur , saladin mengambil sikap bertahan sebelum menyerang dengan kesemu bala tentera beliau, Ulama Islam atau penasihat beliau menyuruh beliau menyerang kerana Islam pasti menang, dengan sinis Saladin menjawab bahawa menang memang di tangan Tuhan tetapi kita prlu berstrategi, mungkin di sinalh gagalnya sebahagian Ulama atau cendiakawan islam untuk mentafsirkan atau memahami konsep peperangan atau percaturan, dan timbillah dua darjat, General, ulama, penasihat dan dunia tempur itu sendiri.

Thursday, March 01, 2007

Petua Kurus Badan Cara Mudah

Adakah anda kegemukan? Salah Diet? Diet Mudah?
Tidak Bersenam? Masalah Pemakanan?

Anda gemuk atau obes adalah disebabkan oleh cara pemakanan anda atau anda memakan makanan yang salah! Anda hanya perlu mengira kalori pemakanan anda, Ianya sangat mudah, tidak perlu berbelanja dan memakan pill atau bersenam secara drastik.
Biasanya anda tidak mahir makan kalori yang sepatutnya pada waktu yang sepatutnya.

Apa yang anda akan membaca berikutnya akan mengubah cara pemakanan anda dan cara anda menguruskan badan anda.

Pemakanan yang betul adalah lebih berkesan dan efektif daripada pill mengurangkan berat badan! Ini disebabkan apa yang anda makanlah yang sebenarnya membuatkan berat badan anda naik atau turun.Tetai pemakanan yang sihat sahaja tidak semestinay akan menurunkan berat badan anda, anda perlulah makan pada masa yang betul dan tepat!
Contohnya anda tidak perlu mengurangkan pemakanan anda, anda boleh makan lebih daripada 3 kali sehari dan menurunkan berat badan anda.

Dengan kaedah ini anda tidak perlu berlapar dan bersenam dengan teruk!

Diatas adalah terjemahan "Hilangkan Obes untuk Orang Tidak Bijak"

Anda mampu menghilangkan 9 paund setiap 11 hari dengan mengubah cara pemakanan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut: Kurus cara mudah