Monday, August 13, 2007

3 PERANAN DAN FUNGSI MASJID, SURAU DAN MADRASAH

Peranan dan Fungsi Masjid Nabawi , Masjid di Zaman Rasulullah S.A.W.

Masjid Nabawi di zaman Nabi S.A.W digunakan untuk pelbagai tujuan. Di antara kegunaan masjid selain dari solat dan iktikaf di zaman itu adalah:

i. Pusat pendidikan utama;

ii. Tempat perjumpaan dan interaksi semua Muslimin di mana perayaan-perayaan, riadah dan acara sukan diadakan;

iii. Pengkalan untuk membuat persiapan bagi peperangan dan tempat merawat mujahid-mujahid yang cedera. Tawanan perang ditahan di kawasan bersebelahannya;

iv. Mahkamah dan tempat hukuman dilaksanakan;

v. Pusat pentadbiran dan politik, serta juga merupakan tempat di mana perwakilan-perwakilan asing disambut dan dilayan;

vi. Pusat kebajikan bagi golongan miskin dan sebagai tempat berteduh bagi golongan yang tiada tempat tinggal;

vii. Tempat di mana beberapa urusan jual-beli atau ekonomi di jalankan.

Konsep Masjid Sebagai Tempat Tumpuan Masyarakat

3.2.1 Sirah dan hadith Rasulullah S.A.W. memberi gambaran jelas mengenai kedudukan masjid sebagai tempat tumpuan hidup bermasyarakat di zaman Rasulullah S.A.W. Harus di ingatkan bahawa masjid di zaman Rasulullah S.A.W. menjadi tempat tumpuan masyarakat dan tempat pelbagai aktiviti berhubungkait dengan:

Ø Konsep kesyumulan agama Islam; dan

Ø Peribadi dan kepimpinan Rasulullah S.A.W.

3.1.1 Secara ringkasnya Islam adalah satu cara hidup yang sempurna di mana keseluruhan aktiviti kehidupan dianggap sebagai ibadat yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan di akhirat. Dengan itu segala urusan hidup seseorang muslim seperti jual-beli (ekonomi), sosial, kebajikan, pendidikan, perundangan dan sebagainya, termasuk juga riadah mempunyai hubungan langsung dengan persediaan untuk hidup di akhirat. Budaya hidup muslimin tidak memisahkan di antara kegiatan-kegiatan duniawi (sekular) dengan persediaan untuk akhirat.

3.1.2 Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa masjid menjadi tumpuan masyarakat pada masa itu kerana ianya merupakan tempat berpusatnya kebanyakan daripada kegiatan sosio-budaya masyarakat Islam di masa itu. Hakikat bahawa masjid pada masa kini digunakan hampir secara khusus untuk ibadat ritualistik sahaja mungkin timbul dari meluasnya pengaruh sekularisma dalam masyarakat kini yang memisahkan secara jelas di antara aktiviti agama dengan aspek-aspek kehidupan lain yang dianggap duniawi.

3 KONSEP PUSAT PEMBANGUNAN MASYARAKAT ISLAM

3.2 Di antara aktiviti-aktiviti dan aspek-aspek yang ditekankan di dalam masjid ini ialah:

3.2.1 Meningkatkan daya kefahaman serta daya intelek tentang Islam;

3.2.2 Mewujudkan suasana penghayatan Islam yang menyeluruh;

3.2.3 Menjalinkan semangat persaudaraan dan ukhuwah diantara umat Islam;

3.2.4 Membina kebahagiaan dan kedamaian di dalam institusi keluarga Islam.


CABARAN DAN MASAALAH UMAT ISLAM MASAKINI

Dalam keghairahan umat Islam ingin mencapai matlamat untuk memertabatkan diri mereka sebagai insan Rabbani duniawi dan ukhrawi, tidak dapat dinafikan akan terdapat beberapa cabaran dan kesan-kesan sampingan melalui pengaruh-pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan akidah, melumpuhkan keyakinan dan menyelewengkan kefahaman tentang Islam sebenarnya.

a) Diantara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah:-

i) Kurangnya pengetahuan yang jelas mengenai Islam sebagai ad-Deen yang merangkumi segala aspek kehidupan;

ii) Kuatnya pengaruh sekular yang meresap dan mengubah pemikiran masyarakat terhadap Islam;

iii) Runtuhnya institusi keluarga hasil daripada penyerapan nilai-nilai cara hidup masyarakat di Barat;

iv) Hilangnya semangat ukhuwah diantara umat disebabkan penguasaan materialistik yang berlebih-lebihan.

v) Perpecahan dan pertelingkahan di antara ummah oleh kelainan aliran politik dan fahaman;

vi) Terhadnya tempat bagi masyarakat Islam meluahkan perasaan dan mendapatkan rundingcara mengenai syariah dan hukum-hukum Islam.

b) Fenomena ini jika tidak dibendung akan menular dan meresap ke dalam kehidupan masyarakat Islam umumnya dan khususnya di kawasan persekitarannya.

CABARAN DAN MASAALAH UMAT ISLAM MASAKINI

Dalam keghairahan umat Islam ingin mencapai matlamat untuk memertabatkan diri mereka sebagai insan Rabbani duniawi dan ukhrawi, tidak dapat dinafikan akan terdapat beberapa cabaran dan kesan-kesan sampingan melalui pengaruh-pengaruh negatif dari budaya asing yang boleh merosakkan akidah, melumpuhkan keyakinan dan menyelewengkan kefahaman tentang Islam sebenarnya.

a) Diantara cabaran-cabaran yang dihadapi ialah:-

i) Kurangnya pengetahuan yang jelas mengenai Islam sebagai ad-Deen yang merangkumi segala aspek kehidupan;

ii) Kuatnya pengaruh sekular yang meresap dan mengubah pemikiran masyarakat terhadap Islam;

iii) Runtuhnya institusi keluarga hasil daripada penyerapan nilai-nilai cara hidup masyarakat di Barat;

iv) Hilangnya semangat ukhuwah diantara umat disebabkan penguasaan materialistik yang berlebih-lebihan.

v) Perpecahan dan pertelingkahan di antara ummah oleh kelainan aliran politik dan fahaman;

vi) Terhadnya tempat bagi masyarakat Islam meluahkan perasaan dan mendapatkan rundingcara mengenai syariah dan hukum-hukum Islam.

b) Fenomena ini jika tidak dibendung akan menular dan meresap ke dalam kehidupan masyarakat Islam umumnya dan khususnya di kawasan persekitarannya.

Masjid sebagai Pusat Pembangunan Komuniti

Institusi masjid sebagai Pusat Pembangunan Komuniti bukanlah suatu perkara yang baru atau asing, sebaliknya ia telah lama dipraktikkan semenjak daripada zaman Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawarrah. Namun demikian, peranannya semakin dilupakan atau disempitkan. Sehubungan dengan itu kertas kerja ini menjemput umat Islam supaya menilai kembali peranan institusi masjid di dalam pembangunan komuniti setempat.

Selaras dengan peredaran zaman, pembentukan Pusat Pembangunan Komuniti yang berteraskan teknologi dan berdaya saing bukanlah sesuatu yang asing. Pusat Pembangunan Komuniti berteraskan teknologi yang disokong oleh asas-asas intelektual yang kukuh mampu dijadikan wadah perjuangan umat Islam di dalam pemantapan ilmu dan berjalan seiring dengan penerapan nilai-nilai Islam Hadhari yang dipelopori oleh kerajaan dewasa ini. Kekukuhan asas yang diterapkan mampu mengujudkan Pusat Pembangunan Komuniti yang berdaya saing dan layak diwarisi oleh generasi yang berikutnya.

Sewajarnya Masjid mengambil inisiatif ini di dalam usahanya membasmi kemiskinan di peringkat akar umbi dengan memperkayakan ilmu masyarakat Islam menerusi penglibatannya di dalam pembangunan Pusat Pembangunan Komuniti di institusi masjid setempat.

Tuesday, August 07, 2007

Berhenti Merokok Merokok


DI PERSADA BEBAS NICOTINE - Manual Berhenti Merokok

Memilih Untuk Berhenti


Persoalan Mengenai Realiti Diri Anda dan Pemilihan untuk Apa Yang Anda Mahukan Sebenarnya.
Manual ini adalah Untuk Anda Bertindak!
Luangkan masa untuk memikirkan tentang isu isu berkaitan dengan diri anda dan mula mengambil langkah untuk kebaikan diri dan sekitaran anda. Bergeraklah mengikut kemampuan dan juga masa anda. Sekiranya anda mampu membuat keputusan anda mampu merealisasikan impian anda.

Sesuatu Untuk Di Fikirkan...
- ramai penghisap Rokok berharap mereka telah berhenti merokok sejak lama dahulu, mereka mendapati bahawa berhenti merokok bukanlah susah seperti yang mereka fikirkan dahulu.

Fikirkanlah Akan Keputusan Sukar Yang Anda Pernah Hadapi Pada Suatu Ketika Dahulu dan Bagaimana Anda Merasakan Kegembiraan dan Keceriaan Bilamana Anda Membuat Keputusan Yang Bijak dan Tepat.

TAHUKAH ANDA? TIDAK KISAH SELAMA MANA ANDA MEROKOK, ANDA AKAN MENCAPAI PENINGKATAN KESIHATAN DAN KEBAIKAN TARAF HIDUP SEKIRANYA ANDA BERHENTI MEROKOK! SEKOTAK ROKOK SEHARI ANDA MENDERMA RM 2,190.00 KEPADA SYARIKAT ROKOK RIBUAN PEROKOK BERHENTI MEROKOK SETIAP TAHUN! SYARIKAT ROKOK KAYA RAYA DENGAN MEROSOKAN KESIHATAN ANDA! ANDA TIDAK MENDAPAT APA APA KECUALI KEMUDARATAN. KEPUTUSAN ANDA UNTUK BERHENTI MEROKOK AKAN MEMBAIKI MUTU KEHIDUPAN, RASA DAN JUGA KEPERIBADIAN DAN JATI DIRI ANDA. ANDA MEROKOK DISEBABKAN PELBAGAI SEBAB!

Merokok merupakan tabiat atau ketagihan atau kedua-duanya, Anda mungkin merasakan keseronokan bilamana anda merokok di sebabkan imej anda bilamana anda merokok! Merokok mungkin memberikan ketenangan dan juga tenaga kepada anda. Ianya juga mungkin memberi anda seminit dua maa bersendiri atau bersama teman teman! Ianya juga mungkin dapat menghilangkan stress atau tekanan anda! Inilah ilusi yang di sebabkan oleh minda anda, sekeliling atau rakan-rakan!
BUKANKAH ANDA MEMPUNYAI PILIHAN YANG LEBIH BAIK?
sekiranya kita fikirkan masak masak, merokok sebenarnya membawa kemusnahan yang lebih daripada kebaikan yang anda fikirkan. Kesan keburukan adalah lebih teruk daripada yang anda fikirkan. Setiap kali anda menyalakan rokok anda mengundang Kanser, dan juga kematian awal. Ini adalah fakta nyata dan terang. Telah jelas yang Terang dan Gelap.
IANYA BUKANLAH BERKAITAN DENGAN KESIHATAN.
Berhenti merokok akan memberikan anda kesan yang nyata di segi pengawalan diri, kekuatan diri dan jati diri. Anda akan rasa' lebih baik, berfungsi lebih baik, dan nampak lebih baik. Anda tidak perlu lagi takut atau meninggalkan kegiatan anda untuk meluangkan masa mengkayakan industri rokok dan membunuh diri anda sendiri. Hubungan anda dengan rakan dan taulan dan juga mereka yang tidak merokok akan menjadi lebih baik. Deria rasa, hidu dan juga sensitiviti anda kan lebih baik dan kembali kepada asal. Anda akan menjadi contoh Ayah dan Ibu yang lebih baik terhadap anak-anak anda. Anda juga tidak akan risau tentang kesan buruk atau Second Hand Smoker, Perokok Kedua.

LUANGKANLAH SEDIKIT MASA ANDA YANG TIDAK AKAN DATANG LAGI UNTUK MEMIKIRKAN APAKAH KESAN DAN JUGA IMPIAN ANDA YANG AKAN ANDA PEROLEHI DENGAN MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK BERHENTI, KEYAKINAN DIRI, JATI DIRI DAN JUGA IMEJ ANDA! TIDAK LUPA JUGA AKAN KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA, DAN JUGA KEKUATAN JIWA ANDA.

INILAH KEPUTUSAN YANG PALING TERBAIK YANG ANDA BOLEH PILIH! BERHENTI MEROKOK! IANYA MERUBAH KEHIDUPAN DAN JATI DIRI ANDA.

Berhenti Merokok Sekarang! Akan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung, Kanser dan Masaalah Pernafasan!

Bekas Perokok akan hidup lebih lama daripada mereka yang merokok, Sebagai contoh mereka yang berhenti merokok sebelum umur 50 tahun, hanyalah berisiko 50% daripada penyakit berkaitan dengan rokok untuk 15 tahun berikutnya berbanding dengan mereka yang masih merokok.

Kesan Kesihatan Daripada Berhenti Merokok Untuk Semua Golongan Perokok, Lelaki, Wanita, Tua dan Muda.

Tubuh anda akan mula membaiki dirinya sendiri di dalam tempoh 24 Jam selepas anda berhenti Merokok.

1. Lapan (8) Jam selepas anda berhenti merokok, kandungan dan paras Carbon Monoxida menurun dan kandungan Oxygen di dalam darah anda meningkat ke paras normal.

2. Di dalam tempoh 48 Jam, kebarangkalian untuk serangan jantung menurun dan deria hidu dan rasa anda bertambah.

3. Di dalam tempoh 72 Jam, kapasiti paru-paru anda bertambah dan pernafasan anda menjadi lebih mudah .

4. Dua Minggu (2) hingga 3 bulan, pengaliran darah anda bertambah dan fungsi paru-paru anda meningkat sehingga 30 peratus.

5. Enam Bulan berikutnya (6), batuk, hidung tersumbat, kepenatan dan sesak nafas bertambah baik.

6. Selepas Setahun, risiko penyakit atau kesan berkaitan dengan merokok berkurangan sehingga 50%.

7. Sepuluh tahun berikutnya risiko kanser paru-paru berkurangan 50%.

8. Lima Belas Tahun (15) berikutnya risiko serangan jantung adalah sma dengan mereka yang tidak merokok.

Jika dilihat daripada keputusan anda untuk berhenti merokok, kesan total akan hanya dapat di perolehi 15 tahun berikutnya, jadi keputusan anda unuk berhenti merokok mestilah di mulakan SEKARANG!
Masa adalah emas, fikirkanlah kesan dan juga keseronokan seketika tetapi anda membayar dengan penyucian yang mengambil masa 15 tahun, berbaloikah?