Tuesday, March 13, 2007

Puisi Cinta Hafiz

Yang ada hanyalah pandangan ku terhadapmu
Yang ku ikuti hanyalah cahaya nur mu
Manusia kembali kepada dirinya di dalam tidur
Tetapi Tidurku telah lari dari mataku,

Cinta membawa kepada pandangan yang satu, saat puisi di lahirkan pandangan cinta tetap kepada yang di cintai.

Ambillah kegirangan minuman ini dan hadirlah
kenikmatan dan muslihat minda mu akan menurun dan hilang
Janganlah engkau mendengar akan tipu daya minda mu itu
Dengarlah puisi cinta ku ini dan ambil lah hakikat cinta ini
datang lah kepadaku.

Cinta membawa kepada keasyikan dan khayalan, minda di ambung oleh pencinta dan dicintai, tika itu apa yang rasional tidak lagi menjadi erti, rasa cinta telah membawa minda ke satu daerah yang tidak dapat di persoalkan lagi.

Oh engkau yang cantik dan penuh dengan keayuan
Cermin di tangan, menyiapkan wajah
aku menawarkan saputangan ku, dia tersenyum
adakah pemberian ini sebahagian daripada pengejaran ini?

Aku meletakkan tangan ku di pinggangmu
Pelukan kekasih untuk di rasai'
daripada reaksi mu, ku mengetahui
segala usahaku akan sia sia.

Engkau adalah bulan dan suria adalah hambamu
sebagai hambamu, ia perlu berkelakuan
hanya sinaran mu dan cahaya mu
mentari dan bulan dapat menyimpan

Setiap hari, cabaran baru bermula,
kau menjarakan diri, dan menangguh
Bilaman aku bergerak untuk merapatkan diri
Takdir mengatakan adanya permainan yang lebih besar.

Kekasihku adalah lebih terang daripada suria
di letakkan di syurga, kekasih yang satu
Letakkan hati di atas bumi
untuk melihat larian suria harian.

Kesedihan dan patah hatiku adalah dalam
sakit, kacau, keliru menggangu tidurku
sekiranya engkau tidak percaya, hantarlah fikiranmu
dan engkau akan melihat bagaimana aku menangis di dalam tidur ku.

bagaimanakah akan ku ceritakan kisah lilin
dan patah hati merana di neraka dunia
kesedihan ku adalah di dalam pencarian
ada seorang lagi mengetahui cerita sedih cinta ini.

No comments: