Sunday, March 11, 2007

Cinta dan Bahagia

Setiap diri sentiasa mahukan kebahagian, Bahagia adalah sebagahian daripada aspek kehidupan, Tanpa bahagia atau cinta, hidup umpama neraka dan kebosanan, jadilah kita ini pepatung yang mengejar kerja dan menjalankan tanggungjawab tanpa ruh! Cinta dan bahagia berangkai, cinta adalah sebahagian daripada element kehidupa,

Di riwayatkan Hafez Shirazi, seorang petani dan juga rakyat biasa pulang daripada ladang beliau, di tengah jalan beliau berjalan di depan Istana, di tepi tingkap seorang puteri raja duduk memandang kesibukan kota, Hafez terpandang wajah Puteri dan beliau terpaku dan jatuh cinta.

Cinta pandang pertama, menusuk hati dan perasaan!. Tetapi beliau hanyalah seorang manusia kerdil dan petani, Beliau kebingungan dan patah hati! bagaimanakah aku mampu mencintai dan menawan hati puteri ini.

Di pinggir kota ada sebuah kuburan seorang wali Allah, ramai yang pergi memohon hajat di situ.
Di katakan sekiranya seseorang itu berjaga di kuburan beliau selama 40 malam, maka hajat seseorang itu akan di tunaikan.

Hafiz pun berjaga lah di kuburan tersebut selama 40 malam di sebabkan rasa cinta terhadap puteri tersebut.

Di pendekkan cinta, di akhir malam ke 40, Hafiz bertemu dengan( ada yang merwaykan Nabi Khidr dan ada yang meriwayatkan Malaikat Jibrail), maka Hafiz pun di berikan tiga anugerah, salah satu adalah apa yang di hajati oleh hati, kedua, kefasihan untuk berpuisi dan ada yang mengatakan yang pertama minuman atau air abadi.

Hafiz terpegun dengan kecantikan individu yang beliau temui di malam ke terakhir tersebut, dan berakhirlah kisah cinta hafiz dengan makhluk, beliau kemudian nya mengalihkan cinta belaiu kepada Allah,

Cinta dan lagenda kisah Hafiz adalah suatu lagenda cinta yang mana sehingga kini Puisi Cinta Hafiz dikenali di seluruh dunia, hingga kini, puisi cinta Hafiz menjadi ikon kisah cinta hamba dan tuhan.

Diatas adalah sebahagian daripada kisah lama,

Kembali kepada zaman sekarang

Bagaimanakah kita dapat mengecapi cinta atau bahagia?

No comments: