Saturday, March 03, 2007

Perang Salib

Selepas peristiwa September 11, Pertembungan diantara Islam dan Dunia Barat semakin ketara, Pertembungan di antara Dunia Islam dan Barat menjadi lebih tegang dan penduduk atau warga Barat yang beragama Islam mula merasakan ketegangannya. Dunia Barat yang sememangnya di dominasi oleh kumpulan Anti Islam mula memainkan peranan ke tahap yang maksima, Terrorism dan juga label melabel Islam mula kedengaran, dan bermulalah perjuangan mengejar dan mejatuhkan hukuman terhadap so called “terrorist” atau pengganas Islam’. Osama Bin Laden di kejar dan akhirnya jatuhlah Afganistan dan Iraq ke tangan tentera penceroboh, Tentera Penceroboh yang mendapat Mandat daripada United Nation dan juga di sokong oleh negara negara teluk yang telah lama memendam dendam atau sentiment kepada Iraq dan Regim Taliban yang di pandang sebagai mengugat kestabilan politik dan ekonomi negara arab di rantau tersebut.

Justru alasan menyerang di justifikasikan dengan isu pelarian Osama Bin Laden ke Kawasan pergunungan di negera yang bakal di jajah oleh tentera penceroboh.

Tetapi adakah peperangan dunia nyata, dan perang saraf islam barat ini sesuatu yang baharu atau sudah berlaku sejak berkurun dahulu?

Sejarah manakah yang benar atau sejarah yang diolah oleh dunia barat? Sejarah serangan keatas Kota Jeruselem pula boleh juga diandaikan bukanlah peperangan agama sebenar tetapi lebih kepada percaturan pihak gereja untuk mengembalikan zaman kegemilangan dan juga kejatuhan pengaruh gereja di Barat. Isu Knight Templar dan tertubuhnya kerajaan Swiss dan juga penyalahgunaan kuasa dan juga zaman inquest dimana, ramai wanita mati di bunuh dan didera kerana mengamalkan ilmu sihir, ini semua adalah alasan dan juga tata cara perang minda atau saraf, sedangkan sebab sebenar gerakan dan catitan sejarah ini telah di tutup dan di kunci oleh pihak gereja.

Begiulah juga kisahnya Mary Magdelene, yang mana merupakan kekasih atau Isteri Nabi Isa, Cerita Nabi Isa yang di nobatkan sebagai Tuhan atau anak tuhan oleh Conventions atau Majlis Syura Paderi ini juga merupakan antara faktor penting yang mana Gereja Roaman Katholik menghantar dna mengadakan peperangan sebenar untuk mengambil, menghilangkan dan juga menutup sejarah Nabi Isa, Isu ini mungkin di ertikan oleh sesetengah pihak sebagai Conspiracy theory, tetapi ada banyak yang benar daripada kepalsuan!

Disebabkan isu dan juga fakta yang berlawanan inilah timbulnya gerakan penyucian atau gerakan Protest yang mana kemudianya di kenali sebagai Protestant. Jehowah Witness pula secara lantang menentang dogama Roman Katholik dan juga Katholicism ini kerana bagi mereka terjadi banyak penyelewengan terhadap konsep Gereja dan juga sistem Pentadbiran Gereja atau Power of God On Earth, Kekuasaan Tuhan terhadap bumi melalui wakil “pope”

Isu isu ini akan di huraikan lagi dengan lebih lanjut mengikut fakta yang sedia ada di artikel beriktnya.

Berbalik kepada isu Perang Salib, Perang Salib sebenarnya adalah peperangan merebut kawasan, artifak dan juga koonsep penhijrahan dan ketaatan Raja di wiliayah wilayah barat, untuk kembali mengabdikan diri dan berkorban untuk tuhan. Tetapi motto utama mereka adalah untuk membebaskan Tanah Suci, “Holy Land. Melepaskan tanah suci daripada genggaman Kuasa Empayar Islam.

Tetapi apakah cerita atau kesan di sebalik Perang Salib? Kejatuhan kerajaan Islam di Jeruselem? Suatu masyarakat yang aman damai dan bertamadun di serang oleh Tentera Salib yang akhirnya membakar dan menghancurkan suatu masyarakat yang aman dan damai? Isu dan juga keadaan pentadbiran Kerajaan dan budaya hidup zaman sebelum Perang Salibhadir telah banyak kali dibincangkan dan ada sesetengah pentafsir mengandaikan Perang salib sebagai Perang Gila Kuasa atau Barbaric against the civilise, Begitulah keadaan bandar Di bawah Zaman kegemilangan Islam. Adanya sistem perparitan, University, hospital Islam dan pelbagai lagi, akhir musnah di telan kancah pertempran dan perang Physical.

Perang Saraf Kristian, Di zaman kebangkitan Islam dan ketika Islam mula memuncak naik, Fanatik Kristian mula melabel Islam sebagai Agama sesat atau Anti Christ, Infidel, Selepas Kematian Nabi Muhammad, Peperangan timbul dan empayar Islam mula berkembang , Sejarah Perang untuk melebarkan Kerajaan Islam adalasesuatu yang tidak boleh dinafikan, Islam juga melebarkan empayar melalui mata pedang, tetapi bukanlah sebab utama, pengikut dan penyaksian terhadap agama islam bukanlah berasaskan Pedang semata, mata , sebgaimana di tonjolkan di Indonesia dan juga di wilayah lainya.

Dengan Kebangkitan Islam, Mula lah berlakunya dua zone, atau dua bahagian dunia, Islam dan Kristian, Kristian di zaman sebelum kebangkitan Islam pada mulanya di adalah di tunjangi oleh kerajaan yang berpengarauh dan Kaya,

Dengan Kekuatan yang baru ini, Kerajaan Islam dan Empayar Islam berkembang hingga ke Palestine, Syria, dan Egypt, yang mana dahulunya adalah kekuasaan dan wilayah Kristian. Pada Kurun ke Lapan -8 Tentera Islam telah hadir di Afrika Utara dan Sepanyol Di Kurun ke 11, Asia Minor (Turkey), jatuh ke tangan Empayar Islam, Di sinilah boleh diandaikan bermulanya ketakutan terhadap perkembangan agama Islam dan Phobia Islam, mana tidaknya, Sejal Zaman Paul era Roman Katholik, Kawasan ini adalah Kawasan Krristian. Empayar Byzantine semakin mengecil, di ketika inilah Maharaja Konstantine memohon bantuan daripada penguasa dan raja di Negara-negara Kristian yang masih lagi merdeka.

Permohonan untuk menentang Perkembangan Empayar Islam inilah boleh diertikan sebagai Kelahiran Perang Salib atau Perang Antara Agama. Perang untuk membendung kemaraan pengaruh danempayar Islam ini lah di kenali sebagi perang agama.

Pada Majlis Syura di Clermont pada 1095, Pope Bandar 11 telah memohon tentera (Knight- gelaran pangkat atau gelaran tentera zaman medieval), Ribuan Knight menyahut cabaran Pope ini dan bersiap sedia untuk berperang!

Tetapi adakah agama atau ajaan Nabi Isa atau Jesus Christ itu sendiri membenarkan peperangan tersebut? Kita akan saksikan dogma atau justifikasi yang digunakan untuk menghalalkan perang ini!

Catatan , Pope Innocent III, :

Bagaimanakan seorang lelaki kasih akan saudaranya , sedangkan beliau mengetahui saudara seagama dengannya di tahan dan di belenggu oleh orang Islam di dalam tahanan yang ketat dan di jadikan hamba abdi, bukankah menjadi kewajipannya untuk memerdekakan hamba ini, dan secara kebetulan pula anda tidak mengetahui bahawa ribuan Kristian telah dijadikan Hamba dan di penjarakan oeh orang Islam dan diseksa dengan hebat sekali”

Justifikasi diatas adalah berdasarkan tanggungjawab terhadap saudara seagama denganya untuk memerdekakan rakan seagama, tetapi mungkin cerita sebenar di sebalik cara layanan dan tata susila khalifah islam ang tidak memaksa atau menyiksa Pengikut agama lain di wilyah pemerintahan Islam di tutup. Alasan inilah yang telah membawa kepada ramai penganut Kristian untuk menyertai Tentera Salib.

Alasan kedua adalah untuk memerdekakan Jeruselem dan tempat suci Kristian daripada cengkaman Islam. Alasan tempat suci Nabi Isa di tawan dan oleh itu menjadi satu keharusan bagi setia Penganut untuk memerdekakan tempat Kelahiran Nabi Isa.

Senario ini mungkin akan lebih jelas lagi sekiranya kita melihat cerita Kingdom Of Heavens. Kerajaan Syurga. Filem ini menbawa scenario yang agak moderate dan membawa keseimbangan tata cara tentera islam dan tentera salib..

Perang Salib Pertama akhirnya membawa tuah, pada 1098, Nicaea, Antioch kembali kepada tangan Kristian, 1099 Palestin dan Jeruselem di tawan semula., bermulalah era kekalahan tentera Islam.

* * *

But it was not. When we think about the Middle Ages, it is easy to view Europe in light of what it became rather than what it was. The colossus of the medieval world was Islam, not Christendom. The Crusades are interesting largely because they were an attempt to counter that trend. But in five centuries of crusading, it was only the First Crusade that significantly rolled back the military progress of Islam. It was downhill from there.

Berjayanya Perang Salib adalah disebabkan penyertaan daripada semua pihak samada miskin, kaya tua atau muda, Walaupun gerakan mengumpul tentera ini tidak teratur dan terancang tetapi berjaya juga akhirnya enjatuhkan kerajaan islam di kawasan ini. Era kejatuhan Kerajaan Islam inilah ynag ramai sasterawan dan ahli sejarah islam termasuk Ulama islam gagal untuk mentafsir, sekiranya kita mampu maka zaman kegemilangan akan kembali, Tetapi di celah kegelapan dan kejatuhan empayar isl ini muncullah Saladin yang berjaya membawa nafas baru untuk menyekat dan menunjukkan taring kehebatan tentera islam.

Sebagai selingan di riwayatkan di sayu medan tempur , saladin mengambil sikap bertahan sebelum menyerang dengan kesemu bala tentera beliau, Ulama Islam atau penasihat beliau menyuruh beliau menyerang kerana Islam pasti menang, dengan sinis Saladin menjawab bahawa menang memang di tangan Tuhan tetapi kita prlu berstrategi, mungkin di sinalh gagalnya sebahagian Ulama atau cendiakawan islam untuk mentafsirkan atau memahami konsep peperangan atau percaturan, dan timbillah dua darjat, General, ulama, penasihat dan dunia tempur itu sendiri.

No comments: