Wednesday, April 30, 2008

Kebahagian Rumah Tangga

KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA


1. Cium tangan suami dan suami cuim dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja asing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambahlah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan bersama-sama, cuma anda berdua sahaja tanpa anak2 anda.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga dan apa sahaja yang pasangan anda minati.sebelum tidur.

8. Mudah berbaik dengan secepat mungkin jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemarannya, walaupun sambil membaca akhbar misalnya, kerana apa yang penting ada berada di sisinya.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, berceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami / isteri yang baik dalam rumahtangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membaca article ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Anda Dah Tua Bila...

> > 1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak
> > nampak....kena jauh-jauh sikit.
> >
> > 2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!!
> > Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru
> > masuk...
> >
> > 3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat-rapat, sekarang berlaga punggung
> > saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
> >
> > 4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
> > ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
> >
> > 5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama
> > brand....sedondon... Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
> >
> > 6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
> > tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu
> > je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia....hiyyyy!!!
> > Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
> >
> > 7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm
> > kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
> >
> > 8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12
> > bulan sekali pun kira hebat juga...
> >
> > 9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...
> >
> > 10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka...jgn
> > pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
> > juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"
> >