Wednesday, February 28, 2007

Pendapatan Online- Pengenalan


PRAKATA

Ketika ini masyarakat Malaysia telah dikejutkan oleh berita menjana pendapatan melalui Internet, banyak bahan bacaan yang telah di keluarkan dan juga seminar yang dianjurkan oleh syarikat dan juga orang perseorangan untuk menghebahkan dan juga untuk mengajak anda menjana pendapatan melalui internet.

Tujuan buku ini bukanlah untuk menjadi satu lagi bentuk sistem yang mengajak anda melabur atau menjanjikan kekayaan yang cepat. Buku ini adalah untuk mendedahkan realiti dan hakikat sebenar dunia internet dan ruang atau sumber pendapatan yang boleh di gunapakai untuk menjana pendapatan anda.

Secara khususnya pengarang telah berkecimpung di dalam dunia pendapatan internet sejak tahun 1999 secara sambilan. Tetapi mula mengembleng tenaga secara kumpulan dari kekuatan individu rakan – rakan pengarang yang masih menjana pendapatan secara online secara peribadi.

Penglibatan perniagaan pada peringkat awalan, di zaman universiti di California pada tahun 1992 adalah termasuk:- mendalami selok-belok perniagaan Real Estate, Government Public Auctions Amerika Syarikat dan Self-Development Systems kelolaan ahli perniagaan-ahli perniagaan terkemuka bidang-bidang berkenaan seperti Dante Perano, Tom Vu, Mike Millin dan Dan Lee Dimke dari Future World Inc. Juga terlibat dalam perniagaan “Nombor Telefon Berbayar 1-900” - memberi perkhidmatan nasihat di California.

Selepas pulang ketanah air pada waktu dan masa yang berasingan kumpulan kami lebih menumpukan kepada kerjaya masing-masin. Walaubagaimanapun, pada tahun 2000, kumpulan kami telah bersepakat untuk kembali mengabungkan tenaga untuk menjana pendapatan secara berkumpulan kerana ianya adalah model yang kami yakin dapat manyediakan tapak dan seterusnya berkembang dengan lebih stabil berdasarkan konsep saling melengkapi atau (complementary pool of resources).

Secara amnya, sebagai individu dan kumpulan pihak kami telah mempunyai pengalaman di dalam hampir semua model penjanaan pendapatan di dunia internet dan pihak kami telah melakukan pelaburan yang agak banyak untuk berada pada tahap ketika ini.

Tujuan Buku ini adalah untuk menerangkan perkara sebenar tentang sumber pendapatan melalui internet. Ada “Online Business Model” yang baik dan lengkap tetapi ada juga Model yang tidak baik.

Terlebih dahulu eloklah kita memahami tentang Konsep Perniagaan yang dituntut oleh Islam kepada kita dalam bermuamalah samada secara Online atau di dunia nyata.

Islam amat mementingkan hak dalam apa jua yang kita lakukan termasuk jugalah di dalam bidang perniagaan. Jika kita mengambil hak orang lain walaupun sebesar zarah, pasti kita akan kembali merasa keperitan hasil dari perbuatan kita dengan penuh setimpal. Cuma masa yang akan menentukannya.

Inilah sebahagian dari keadilan Yang Maha 'Adil yang akan ditunjukkan kembali kepada kita samada kita sedar atau tidak. Konsep perniagaan di dalam Islam berteraskan “Win-Win Situation”. Tidak kiralah berapa banyak pihak yang terlibat, semuanya berhak untuk berkongsi hasil sesuatu perniagaan itu samada hasil positif atau sebaliknya.

Kerana itulah kebanyakkan peluang perniagaan yang wujud sejak awal kurun Ke-Dua Puluh dahulu (telah hampir seratus tahun) tidak baik dan tidak sesuai diamalkan kerana lebih mementingkan pihak yang mencipta peluang perniagaan itu yang diubahsuai dengan kreatif mengikut kehendak penciptanya.
Program-program peluang perniagaan dan "pelaburan" seperti "Ponzi Scheme", "Pyramid Scheme" dan "Work At Home Opportunities" semuanya akan menguntungkan beberapa pihak tetapi terlalu banyak pihak yang pasti mengalami kerugian.

Oleh kerana itulah, apa jua bentuk model perniagaan yang kita ingin ceburi, pastikan anda jelas tentang "Business Modelnya" agar dapat "menguntungkan" semua pihak. Dalam erki kata lain – Semua Pihak BOLEH mendapat Hak masing-masing di dalam berlakunya muamalah Business Model Perniagaan tersebut.

Sebagai contohnya kita ambil, “Online Advertising Business Model”. Pihak Penganjur Program Pengiklanan seperti “Google Adsense Advertising Program” menyediakan "Platform" bagi peniaga mengiklankan produk-produknya kepada pengguna produknya (Target Marketnya). Pihak Penganjur Program Pengiklanan juga membuat perjanjian dengan Pemilik-Pemilik laman web untuk meletakkan iklan-iklan ini di laman web mereka supaya peluang untuk iklan-iklan milik peniaga ini dapat dihebahkan kepada pengguna produknya dengan lebih meluas dan lebih tepat.

Pengguna Sebenar Produk atau (Target Market) sememangnya sedang mencari produk peniaga untuk membantu menyelesaikan masalah atau keperluan mereka.

Jadi apabila seorang Pengguna Sebenar Produk "Klik" pada iklan "Adsense" di laman web tertentu, beliau akan dapat menjumpai produk yang diperlukannya dan boleh terus membelinya dari peniaga yang mengiklankan produk tadi.

Kesimpulannya, ianya adalah "Win-Win-Win-Win Situation" bagi semua pihak.

Pengguna mendapat produk yang diperlukannya. Peniaga dapat keuntungan hasil jualan produk tersebut. Seterusnya, peniaga akan membayar Pihak Penganjur Program Pengiklanan seperti Google, Inc. bagi perkhidmatan pengiklanannya. Google, Inc. akan berkongsi keuntungan perkhidmatan pengiklanannya dengan pemilik laman web di mana iklan tersebut diletakkan.

Business Model ini menyeluruh dan jelas. Dalam erti kata lain, "Online Advertising Business Model has a Complete Business Cycle”. Pengaliran Wang, Perkhidmatan Pengiklanan dan Produk di dalam Business Model ini berlaku dengan sempurna dan saling melengkapi.

Perlu diingatkan juga bahawa, walaupun Business Model ini lengkap, ada sahaja pihak yang akan berusaha untuk memanipulasikan Business Model ini untuk kepentingan sendiri. Ianya adalah lumrah alam ini yang sememangnya Tuhan jadikan untuk menguji setiap dari kita.

Tetapi ini bukanlah alasan untuk kita mengatakan bahawa "Online Advertising Business Model" ini tidak baik kerana orang boleh menipu. Hakikat sebenarnya apa-apa perniagaanpun yang wujud di dunia ini, orang boleh menipu.

Ianya bergantung sepenuhnya kepada setiap individu atau pihak yang terlibat dalam melengkapkan sesuatu transaksi atau muamalat itu. Samada kita terlibat dengan perniagaan menjual nasi lemak di pasar atau "Online Advertising Business", kita boleh menipu pihak lain jika itu yang kita mahu.

Bukan sistem muamalat itu tidak lengkap atau tidak baik, tetapi kita sebagai salah satu watak di dalam melengkapkan sistem muamalat itu yang mungkin tidak berlaku baik. Dan sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, sesuatu ketidakadilan atau penganiayaan hak yang berlaku, walaupun sekecil-kecilnya, akhirnya akan kembali kepada sipelakunya juga samada dalam bentuk yang sama atau dalam bentuk lain tetapi tetap setimpal dengan seadil-adilnya secara sedar atau tidak. Hanya masa yang menentukan.

Inilah Janji Yang Maha ‘Adil. Sesungguhnya, Dialah Sebaik-baik Pentadbir dan Pengurus akan segala sesuatu.


Setelah memahami Konsep Asas Perniagaan berlandaskan Islam ini, marilah kita dalami tentang sumber pendapatan yang boleh diperolehi secara halal dan bentuk Perniagaan Online yang baik menggunakan medium internet.


Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-

Menjana Pendapatan Secara Sambilan
Menjana Pendapatan untuk menjadi Peniaga atau Usahawan Internet Berjaya samada Secara Sambilan atau Sepenuh Masa

Marilah sama-sama kita mengkaji cara cara menjana pendapatan online dan jadilah kita seorang insan yang berilmu dan bukan hanya membabi buta untk mengejar kekayaan.

Rezeki Melalui Internet

Menjana Pendapatan Online

Pendapatan Tambahan

Pendapatan Sepenuh Masa

Peluang Kekayaan

Rezeki Melalui Internet


Setiap manusia impikan kebahagian, dan di zaman moden ini kebahagian berangkai dengan
kewangan atau duit! Dengan kehadiran internet peluang dan janji manis untuk menjana
pendapatan online atau peluang kekayaan mungkin boleh di realisasikan. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui untuk menjana pendapatan ini mungkin kita perlu berbekalkan pengetahuan atau knowledge! Di luar sana di dunia internet, sekianya kita menaip , buat duit, jana
pendapatan kita akan bertemu dengan pelbagai laman web yang menjanjikan peluang kekayaan , tetapi bagaimana dan dapatkah kita menjalankan apa yang diajar? Kebenaran adalah jauh daripada realiti, artikel berikutnya akan cuba berkongsi dengan anda akan realiti dan cara cara menjana pendapatan online atau pendapatan di dunia internet. Sekiranya anda bermimpi untuk menjadi jutawan, Internet mungkin boleh merealisasikan impian anda tetapi anda perlulah berkorban masa dan uang ringgit, jalan singkat ada dan boleh diambil tetapi ianya akan melibatkan modal dan masa anda, anda perlulah melihat usaha anda ini sebagai business sebenarnya, perancangan perlu lah ada dan anda perlulah mematuhi pelan yang anda telah bina.Di tengah tengah keghairahan anda membina perniagaan atau pelan jana wang internet anda perlulah boleh dan berkemampuan untuk menepis dugaan skim cepat kaya dan sebagainaya, artikel berikutnya juga akan mendedahkan akan keberkesanan skim cepat kaya , tetapi anda perlu memilih jalan mudah atau senang ini dengan jalan berkekalan.Kursus and bengkel mungkin anda telah pernah lalui dan hadiri, dan mungkin anda lebih mahir daripada kebanyakkan orang di dunia internet ini, dan mungkin anda telah jana wang internet atau anda telah mengalami ribut atau tsunami wang, walau bagaimanapun artikel ini adalah artikel yang menasihati anda untuk menjana wang dengan berhemah dan pulangan samaada cepat atau
lambat bergantung kepada pelaburan atau modal anda.Masa adalah critical atau TIME IS OF THE ESSENSE" Persaingan anda adalah setiap saat dan anda perlulah menyedari akan konsep ini, dan anda perlulah bertindak dengan sebaik baiknya. Peluang atau cara yang akan di bentangkan secara berperingkat ini akan mengenalkan anda terhadap scenario dan juga lubang (pithole) yang mana anda perlu mengelak. Artikel ini terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Pendapatan Tambahan2. Pendapatan Sepenuh Masa3. Pendapatan atau Peluang Kekayaan.
Dengan membaca dan memahami akan kandungan artikel ini anda tidak perlu membeli rahsia
atau menghadiri kursus yang menelan belanja ratusan ringgit. atau cara singkat boleh juga
anda dapati dengan memuat turun pdf. artikel ini secara penuh pada kadar sumbangan RM
10.00.( Artikel ini berperingkat, artikel penuh boleh didapati dengan cara express, melalui
pembelian CD) Diharapkan pembaca mendapat manfaat daripada
artikel ini.sekian .