Institusi masjid sebagai Pusat Pembangunan Komuniti bukanlah suatu perkara yang baru atau asing, sebaliknya ia telah lama dipraktikkan semenjak daripada zaman Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawarrah. Namun demikian, peranannya semakin dilupakan atau disempitkan. Sehubungan dengan itu kertas kerja ini menjemput umat Islam supaya menilai kembali peranan institusi masjid di dalam pembangunan komuniti setempat.
Selaras dengan peredaran zaman, pembentukan Pusat Pembangunan Komuniti yang berteraskan teknologi dan berdaya saing bukanlah sesuatu yang asing. Pusat Pembangunan Komuniti berteraskan teknologi yang disokong oleh asas-asas intelektual yang kukuh mampu dijadikan wadah perjuangan umat Islam di dalam pemantapan ilmu dan berjalan seiring dengan penerapan nilai-nilai Islam Hadhari yang dipelopori oleh kerajaan dewasa ini. Kekukuhan asas yang diterapkan mampu mengujudkan Pusat Pembangunan Komuniti yang berdaya saing dan layak diwarisi oleh generasi yang berikutnya.
Sewajarnya Masjid mengambil inisiatif ini di dalam usahanya membasmi kemiskinan di peringkat akar umbi dengan memperkayakan ilmu masyarakat Islam menerusi penglibatannya di dalam pembangunan Pusat Pembangunan Komuniti di institusi masjid setempat.
No comments:
Post a Comment