Showing posts with label Puisi Cinta Ketuhanan. Show all posts
Showing posts with label Puisi Cinta Ketuhanan. Show all posts

Wednesday, March 14, 2007

Puisi Cinta Ketuhanan-4

Pergerakkan tanpa suara, Gerak di dalam diam, Pernah di riwayatkan seseorang bertanya kepada Mawlana Rumi, Mengapa beliau membisu?
Rumi menjawab, Ingatan mu terhadap ku lah yang telah membuatkan kau hadir di depan ku sekarang dan bertanyakan soalan ini.
Sekiranya hakikat aku atau realiti aku membawa atau menarik kau kepada ku, tanpa aku perlu berbicara, Perkataan atau kalimah hanyalah bayangan yang tiada erti tanpa pakaiannya ' iaitu yan tidak nampak, sekiranya bayangan iaitu bicara dan kata kata membawa menarik dan membawa kau, semestinya realiti atau hakikat yang engkau tidak nampak ini lebih hebat.
Perkataan, lisan bicara hanyalah benda kecil atau prakata, tetapi ikatan dan panggillan dalaman lah yang membawa atau menarik seseorang kepada seseorang yang lain.
Sekiranya seseorang itu menunjukkan karamah atau kesaktian beribu bentuk atau jenis pun ianya hanyalah permainan sekiranya dalaman atau ruh seseorang itu tidak mampu menundukkan atau mengajar atau memberikan petunjuk kepada hadirinnya.
-Rumi-

"Dalam diam aku bergerak
dalam diam aku berkata, dalam diam aku membawa
Dalam diam aku berinteraksi,
Telah lama aku tinggalkan pertuturan luaran dan berbicara daripada hati ke hati
nurani ke nurani
inilah rahsia yang bukan rahsia
Tinggalkanlah bayangan mu,
Inilah bayangan yang dimaksudkan oleh Para Nabi
Petunjuk kepada alam realiti
ianya ada dalam tiada
ianya wujud tanpa bentuk dan tanpa batasan
Kehujung dunia di dalam sekelip mata
selautan kasih
mutiara bertaburan bagai bintang di langit
-imf-

Rahsia Permohonan Atau Doa

Wahai sahabatku,
berapa lama telah engkau merana
kesan, kesini, mundar dan mandir?
Engkau memohon
engkau berkehendak
engkau menggunakan jasadmu
engkau menggunakan tangan dan kudrat mu
engkau meminta kepada makhluk dengan pertuturan lisan mu
engkau menggunakan minda mu
engkau menggunakan kebikjanaan mu
Tinggalkanlah semua ini
Kembali lah kepada fitrah mu
Kembalilah kepada tahta dan singgahsana mu
Gunakanlah kuasa yang di berikan
akan tunduk lah segalaya, di timur dan di barat

Inilah cokmar mu
inilah titahmu
Niatkan kanlah
gunakanlah kehendak mu yang tidal nampak dek pandangan atau mata

Inilah yang di maksudkan oleh
kun, jadi maka jadilah,
bukan pada lidah
bukan pada zikir
tetapi padanya, ada pada dirimu

Bilaman engkau menggunakan bicara rohani mu ini
Dalam diam apa yang di hajati. akan datang
tanpa bergerak
tetapi ada gerak

-imf-

semoga engkau memahami apa yang di bicarakan.

Puisi Cinta Ketuhanan -3

" Tuhanku perlihatkanlah kepadaku realiti sebenar
Engkau menunjukkan sesuatu itu sebagai baik, sedangkan pada hakikatnya ianya adalah buruk
Engkau Perlihatkan sesuatu itu buruk padahal ianya adalah baik
Perlihatkanlah kepadaku segalanya sebenarnya
supaya kami tidak tertipu dengannya"

Tipu muslihat dunia datang di dalam pelbagai bentuk, apa yang kamu lihat sebagai cantik tidak semestinya cantik atau baik pada hakikatnya; Demikanlah opposite atau ilusi Ketuhanan, Penglihatan sebenar melintasi tabir ilusi perlu lah di pohon, seperti mana doa dan permohonan Yang Nabi Muhammad pohonkan, jadilah ianya seperti filem matrix, Dunia ini adalah ilusi, kamu fikirkan kamu hidup sebenarnya kamu bermimpi, dunia ini pada hakikatnya tiada wujud, yang wujud hanyalah Allah S.w.t Semata mata

Kesenangan bersama dengan tuhan tiada yang mengeluh
kecuali yang tidak mempercayai tuhan"

B
ersama Tuhan atau mengingati Allah, inilah dua rahsia besar berikut adalah cerita yang mudah untuk di fahami. Baru baru ini saya bertemu dengan seorang teman, beliau menceritakan tentang kekuasan dunia dan pertempuran antara kafir dan Islam, tentang perjuangan dan akhir zaman. Timbul emosi marah dan nada keras,
Aku pun berkata, "wahai temanku, di manakah fikiranmu sekarang ini , saat ini tika ini. adakah engkau mengingati dan bersama dengan rasa ketuhanan atau rasa mengingati Tuhanmu? Tentu tidak bukan? sekiranaya benar apa yang engkau penuhi setiap saat mu itu, tentu cerita atau isu debat ini tidak timbul bukan?

Fahamilah rangkap diatas, setiap diri mengetahu setiap saat kita melupakannya, dan ketika lupa itulah kita menginkari Tuhan, walaupun kita membincangkan bab agama atau Islam

"Janganlah engkau menidakan pandangan hati ahli hati
Engkau mengetahui sudah kesalahanmu!
Tetapi engkau cuba bermain silap mata dengan mengeluarkan hujah agama mu!
"Tapi, Mengikut, Islam Tidal mengajar sedemikian? ini semua adalah permainan kata orang yang lupa pada Tuhan sahabat ku"

Puisi Cinta Ketuhanan -2

"Wahai rasulku, katakanlah kepada tahananmu,
Sekiranya Allah S.W.T mengetahui akan sebarang kebaikan di dalam hatimu,
Tuhanmu akan memberikanmu lebih daripada apa yang engkau telah ambil
Dan dia akan memaafkanmu
Sesungguhnya Allah Itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Pemurah!

S
ebagai manusia kita tidak dapat lari daripada kesalahan dan kekesalan, baik daripada ketelanjuran kita atau pun kesalahan yang telah kita lakukan, Acapkali kesalahan dan trauma di dalam hidup ini akan kita bawa setiap masa di dalam hati, rasa marah, gundah , kesal dan sakit hati. Permasaalahan inilah yang mungkin melanda remaja yang terlanjur, bermasaalahan dan termengandung dan pelbagai lagi. Dosa yang lampau ini sebenarnya adalah ujian tuhan,

" di dalam gelap ada terang
di dalam terang ada gelap"

Dan kadang di dalam seseorang itu jahat sejahat, jahatnya, semestinya akan ada niat untuk menjadi baik! Inilah rahsia dan hakikat termasuk ilmu ying dan yang Tanya lah kepada mana mana perompak, pembunuh, pelacur dan pelbagai lagi manusia yang jahat di muka bumi ini. Apakah niat yang ada di hati mu? Pelacur mungkin menjawab "aku impikan lelaki yang baik, soleh dan boleh memimpin ku.
Tanyalah di hati ahli abid atau ahli ibadat "pernahkah terlintas di hati mu wahai abaid akan godaan melakukan dosa? tentu ada bukan.
Allah mengetahui segala, galanya!

"Wahai insan yang malang,
Wahai insan yang berdosa,
wahai insan yang lara
Hakikatnya di dalam hati mu aku mengetahui,
Engkau mahukan kebaikan
Maka serahkanlah niat suci mu itu pada Dia,
Bilamana engkau serahkan akan niatmu itu padanya, maka
Dia akan mengampuni dikau
dan engaku akan berjalan dengan keadaan yang baru

Hadirlah wahai insan yang di penuhi dengan nafsu
Aku lah yang akan mencukupi dirimu
"Cukuplah Allah Untuk segala-galanya

Puis Cinta Ketuhana n- 1

Di kenali sebagai salah seorang Wali Allah S.W.T yang teragung, Mawlana Jalal al Din Rumi, Beliau di lahirkan pada 1207 dan meninggal pada 1273 Masehi. Kitab beliau dan puisi cinta dan madah cinta beliau begitu juga ramalan cinta beliau adalah yang paling agung dan ada juga pengkaji dan pencinta puisi cinta mengelarkan madah beliau ini sebagai Quran No 2, Begitulah indahnya madah dan puisi cinta beliau, keindahan puisi cinta rumi terlalu indah sehingga sukar di tiru atau tidak ada tandingannya begitulah sehingga di katakan sajak atau puisi cinta belaiu sebagai di ilhamkan terus daripada alam kerohanian atau daripada yang maha esa.

antaranya;

"Hadir lah, Hadirlah, sesiapa sahaja diri mu
Musafir, pengabdi, pencinta
Semuanya tidak bererti
Kumpulan ini bukanlah kelumpuk berputus-asa atau patah hati
Hadirlah, walaupun engkau telah memungkiri janji beratus kali
Hadir, sekali lagi, hadir , hadir lah"

Rumi

Puisi cinta diatas bolehlah di ertikan sebagai
seorang hamba yang acapkali melakukan dosa tau melupakan tuhan, Hadirlah bersama mereka yang mengingati Tuhan , bersama dengan ahli zikir atau pencinta tuhan, kehadiranmu itu kan membawa mu kepada suatu rasa yang menuju kepada ilahi.

Inilah permasaalahan pokok diantara kebanyyakan manusia, sentiasa melakukan kesalahan, tetapi tuhan itu maha pengampun dan bagi kekasih oatu yang maha mencintai, maka tiada lah erti dosa itu,

"hilangkan lah ingatan mu kepada selain daripadaku.
Ingatilah ku, nescaya aku mengingatimu,

Bilamana kita bersama dengan kekasih yang maha agung maka apakah yang perlu di risaukan? Tinggalkanlah segala duka nestapa mu wahai saudara ku!

Marilah , rasailah keenakkan rasa bersama dan rasa mengingati Tuhan mU, Kekasih mu sejak azali, Dia yang menciptakan mu tanpa mengharapkan apa apa daripadamu, Dia yang mengcukupimu dan tidak akan melupakan mu walau sesaatpun!
Sedarlah setiap saat kita melupakan Yang Maha esa, tetapi Dia tidak pernah melupakan kita. Inlah cinta sejati , Cinta yang maha Agung.
Dalami lah rasa ini, hadirkanlah rasa ini di dalam jiwamu wahai insan bernama manusia.
Bilamanana engkau bersama dengan ku, tiada apa apa lagi yang perlu kau khuatirkan atau risaukan.
Aku yang menjadi kekasihmu , akulah raja segala-galanya, bilamana aku bersama dengan mu siapa? siapa? siapakah yang mampu untuk mengambil mu daripada sisiku?
Akulah raja sekalian alam!

Inilah yang perlu di kejar oleh setiap insan, bahawa kekasih sejati hanya dia yang maha esa.